Khamis, 28 April 2011

Ar-Rajhi Bank :Skim Pelaburan

Pelaburan emas Al Rajhi

BANK Al Rajhi, bank Islam terbesar dunia mengorak langkah setapak lagi dengan memperkenalkan skim pelaburan terbaru, Al Rajhi Gold-i yang membolehkan pelanggan membuat pelaburan dalam bentuk emas fizikal yang lebih selamat dan terjamin.
Pengarah Bank Runcitnya, Sabry Ghouse berkata, pelaburan emas sudah terbukti sejak ribuan tahun dahulu sebagai satu medium pelaburan dan mempunyai peranan penting untuk melindungi nilai sebenar wang terutama ketika ekonomi tidak menentu.

“Kami menawarkan urusan jual beli nilai sebenar emas tulen dari jenis 999.9 yang diperoleh dari Switzerland dengan pelanggan akan mendapat manfaat daripada pelaburan sebenar merangkumi risiko minimum ke atas pelbagai aset dan pemilikan pelaburan tunggal.
“Selain itu, skim ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti penukaran tunai ketika berdagang, penyimpanan yang selamat dan perlindungan Takaful bagi setiap emas yang disimpan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pelanggan diberi dua pilihan untuk memilih emas dalam bentuk ketulan ataupun wafer dengan setiap satunya memiliki berat antara 5 gram hingga 1 kilogram selain harga ditetapkan bergantung kepada pasaran semasa.

Sabry berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan Pertubuhan Emas Sedunia pada tahun lalu, perhiasan dan barang kemas mempengaruhi permintaan terhadap emas fizikal serta syiling di pasaran secara tidak langsung menyaksikan pelabur dari beberapa negara seperti China dan India menjadikannya simpanan untuk jangka masa panjang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan