Assalammualaikum dan selamat sejahtera,..
Sudah 2 minggu saya tidak update blog ini, ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan (sibuk dengan program tahun 2011). Walaubagaimanapun, bagi yang sentiasa setia dengan blog ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih.
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang GCP atau lebih jelasnya GoldCrest Pavilion Sdn. Bhd. GCP merupakan syarikat milik bumiputra dan menjalankan urusniaga jual beli emas mengikut harga semasa yang telah ditetapkan di web nya <--- klik disini.
Syarikat GCP merupakan antara syarikat yang bergiat aktif dalam urusan jual beli emas sepertimana Public Gold dan Nubex. Ia ditubuhkan pada 26 Mac 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah jual/beli emas, emas terpakai, barang kemas, dinar, goldbar dan sebagainya. Itu adalah serba sedikit berkenaan GCP. Pada pertemuan ini, saya ingin berkongsi tentang kelebihan emas GCP;
Kelebihan.
1) Emas yang dijual dalam kualiti 999.9 (Dinar 999.9, Rantai tangan 999.9,Pamp Suisse
(5g,10g,20g,50g,100g,500g dan 1kg)
2)Harga jualan mengikut harga pasaran dan ianya lebih murah berbanding harga kedai emas dan seumapanya.
3) Mempunyai spread harga yang rendah.
4) Jaminan membeli balik emas mengikut harga kami beli di web.
5) Menawarkan kepada sesiapa untuk menjadi dealer dan dapat membeli dengan harga yang lebih rendah iaitu 8%.
6)Tiada kos upah.
7) Yang paling penting, boleh dipajak di mana-mana ar-rahnu (untuk barang kemas). Jika goldbar, hanya beberapa ar-rahnu sahaja yang terima.
8) Menawarkan kaedah 70-30 bagi yang tidak berkemampuan atau juga yang ingin memaksimumkan untung.
9) Stock sentiasa ada, dan tempahan selewat-lewatnya diterima 5 hari dari tarikh tempahan.
10) Masa urusniaga mulai jam 10.00pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja (Sabtu dan Ahad -cuti).
11) Tempahan akan dihantar apabila melebihi 500g tanpa kos penghantaran.
Kesimpulan:-
Diharap saudara dan saudari dapatlah mengetahui serba sedikit berkenaan GCP terutama jenis barang yang ditawarkan, kelebihan, dan cara urusniaganya.Oleh itu,untuk mendapat keuntungan dan faedah yang maksimum adalah melalui perniagaan emas atau menjadi dealer.
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'.
sebarang pertanyaan hubungi 012-9562006
Tiada ulasan:
Catat Ulasan