Sabtu, 15 Januari 2011

Harga Emas Turun laa,..

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada para pembaca sekalian.
Pada minggu ini kedudukan harga emas kelihatan menurun, ini disebabkan kedudukan RM semakin mengukuh. Bagi pemborong dan pembeli emas, ini adalah masa yang sesuai bagi mereka memborong emas. Pada ketika inilah mereka akan membeli emas dalam stock yang banyak dengan menggunakan teknik ar-rahnu. Mereka tahu, harga akan kembali meningkat selepas ini. Biasanya kedudukan ini adalah bersifat sementara dan kemungkinan selepas sambutan Tahun Baru Cina harga kembali melonjak. Ini boleh kita lihat berdasarkan graf pada tahun 2010. Berikut merupakan graf pada tahun lepas yang mana faktor perayaan juga mempengaruhi harga emas.


Perayaan besar yang disambut di seluruh dunia sebenarnya salah satu penyumbang kepada kenaikan harga emas dunia. Mana tidaknya, jika kita rujuk harga pada tahun lepas, harga akan meningkat selepas sahaja satu-satu perayaan itu di sambut. Sebenarnya dalam tak sedar, kita terpengaruh untuk menunggu harga akan jatuh. Semakin lama menunggu, semakin naik harga tersebut. Itulah punca yang menyukarkan kita untuk memiliki emas. Akhirnya kita memutuskan bahawa, Emas Mahal Laa!!...

Selain itu, faktor-faktor lain juga turut sama membantu kenaikan harga emas. Antaranya kenaikan harga minyak, peperangan, bencana alam, pembelian oleh sesebuah negara dan sebagainya.


Kesimpulan
Untuk melabur dalam emas, seseorang itu mestilah bijak memutuskan masa yang sesuai untuk memiliki emas bagi memaksimumkan keuntungan dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, bagi pelabur yang tidak mementingkan keuntungan dalam masa singkat, mereka hanya perlu bersabar kerana dalam jangka masa sederhana atau panjang, mereka tahu bahawa mereka akan mendapat keuntungan suatu hari nanti. Tidak rugi jika kita melabur di dalam emas untuk masa depan.

sekian
'Pelaburan pintar adalah pelaburan emas'
Berkongsi maklumat hubungi 012-9562006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan