Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada posting kali ini, saya ingin mengajak saudara/saudari melihat kebelakang sedikit. Maksud saya menoleh kebelakang tu adalah mengenai harga yang telah berlaku pada tahun sebelum-sebelum ini. Di sini saya hanya sempat memaparkan harga pada tahun 2009 dan 2010 sahaja. Jika kita lihat kepada graf dan data yang diperoleh (sumber kitco.com), maka selepas sahaja Tahun Baru Cina, harga pasaran emas akan meningkat melebihi 5%. Sila rujuk graf dan data pada tahun 2009 di bawah
Jika kita lihat kedua-dua graf dan data tersebut, ia menunjukkan permulaan langkah harga komoditi emas untuk meningkat. Ini bermaksud, Tahun Baru Cina sebenarnya adalah langkah pertama bagi setiap awal tahun dan dijadikan pemangkin atau pendorong untuk harga itu memecut di pertengahan tahun. Peningkatan harga juga melebihi 5% pada suku pertama setiap tahun. Adakah pada tahun ini juga berlaku demikian seperti mana tahun-tahun sebelumnya? kita tunggu dan lihat.
Sebagai langkah persediaan, ada baiknya kita menambah stok simpanan emas. Ianya sesuai dengan kejatuhan harga emas sekarang, lihat graf di bawah
Penurunan ini membantu kita memperbanyakkan stok dan apabila harga meningkat, maka keuntungan yang juga adalah lebih cepat terutama bagi mereka yang bergelar peniaga dan pelabur emas.
sekian, wassalam
'Pelaburan yang bijak adalah pelaburan di masa hadapan'
'Perniagaan yang bagus adalah peniagaan yang berupa pelaburan'
'Emas adalah pelaburan dan perniagaan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan