Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua,
Hari ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan kaedah yang biasa digunakan untuk menjana keuntungan melalui pelaburan emas. Teknik yang digunakan ini mestilah mempunyai ilmu yang cukup dan kefahaman yang mendalam dalam memanipulasi keuntungan. Terdapat beberapa teknik, antaranya:-
a) Teknik menyimpan emas.
Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi. Kebanyakkan orang tua-tua zaman dahulu sering membeli barang kemas dan menyimpannya dengan begitu lama.Sehingga sekarang, emas itu masih lagi disimpan. Jikalah dijual, berapa kah harganya? Mesti dah mencecah berkali-kali ganda. Ini teknik yang gemar dilakukan. Jika barang kemas itu dijual, nilainya akan ditolak oleh kedai emas kerana used gold (15-20%). Lebih baik saudara/saudari simpan. Untuk meningkatkan keuntungan dengan cara ini, tanpa ada penolakkan used gold, simpanlah emas jenis goldbar atau emas jongkong. Jika disimpan, pulangannya dalam setahun meningkat sehingga 25% setahun.
a) Teknik pajak dan simpan.
Teknik ini juga menjana keuntungan kepada pelabur emas. Teknik yang digunakan ialah dengan cara memajak emas yang dimilikinya. Duit yang diperoleh daripada pajakkan itu dilaburkan ke dalam akaun simpanan emas di bank. Disini akan ada dua kenaikan. Apabila harga emas meningkat, maka jual emas di dalam akaun simpanan dan pergi menebus emas itu di ar-rahnu. Akan dapat sedikit keuntungan. Sementara itu, emas masih lagi di tangan. Tapi saya tidak galakkan anda menjual emas tersebut, ini kerana harga emas itu semakin meningkat.
c) Teknik pajak dan beli.
Teknik ini juga digunakan oleh pelabur-pelabur emas. Emas yang dimiliki di tangan dipajakkan terlebih dahulu. Setelah dipajak, duit dari ar-rahnu itu digunakan untuk membeli emas lagi. Kita boleh menggunakan teknik ini berperingkat-peringkat iaitu pajak, beli, pajak, beli. Bergantung kepada kuatiti emas yang dimiliki di tangan. Tapi harus diingat, emas terakhir perlulah ada di tangan. Setelah harga naik, emas yang terdapat ditangan dijual. Duit tersebut digunakan untuk menebus emas yang dipajak itu. Guna cara yang sama sehingga selesai hutang. Maka diakhirnya kita akan memperolehi emas dan juga keuntungan hasil daripada jualan emas itu. Untuk menjual emas itu, saya sedia menerimanya.
d) Berniaga emas.
Teknik ini menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ketiga-tiga kaedah diatas. Caranya ialah dengan menjadi dealer atau agen publig gold. Apabila menjadi dealer, seseorang itu memperolehi komisen daripada syarikat dan juga dapat berjual-beli mengikut harga pasaran. Kita juga boleh menggunakan kaedah di atas bagi memaksimumkan lagi keuntungan.
*pesanan, teknik 2 dan 3- untuk memajak, perlu pada harga yang rendah dan mesti mengikut langkah demi langkah.Jika tersilap langkah. Emas di ar-rahnu boleh tergadai.
Untuk maklumat lanjut dan berkongsi ilmu,
Hubungi 012-9562006
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan