Selasa, 14 Disember 2010

Bila nak beli emas?

Salam pertemuan kepada saudara pembaca blog ini.

Hari ini saya ingin memberi jawapan yang biasa ditanya oleh setiap orang. Bila nak beli emas? Harga sekarang mahal lah....

Sebenarnya, hendak atau tidak beli atau memiliki emas adalah bergantung kepada kemahuann diri seseorang. Kalau nak tunggu harga jatuh, sampai bilalah nak tunggu tu. Kita tengok harga di bawah pada 24/10/2009.

Sumber: Emaskini.com


Itu pada tahun 2009. Kan bagus jika masa tu kita belikan? Beli banyak-banyak. Pada masa itu, saya sendiripun seperti saudara-saudara, iaitu merasakan emas itu mahal dan mengharapkan ianya akan turun. Hari berganti hari, bulan bersilih ganti, semakin lama, nilai emas semakin naik. Saya merasakan satu penyesalan. Dengan satu tekad, saya mengambil keputusan membelinya  pada 28/7/2010 dengan harga seperti di bawah.


Kini harga emas itu semakin hari semakin naik tanpa menoleh ke bawah. Dalam masa beberapa bulan sahaja ia telah meningkat dengan mendadak.Kini saya sudah memperoleh keuntungan . Hasil dari tindakan saya pada bulan 7 itu. Lihatlah harga pada hari ini.


Berdasarkan harga tersebut, yang pastinya harga ini akan terus meningkat.Harga akan meningkat secara mendadak lagi sehingga akhir tahun 2010. Ini kerana ia didorong oleh perayaan Hari Krismas, Tahun Baru 2011 dan Tahun Baru Cina. Sampai bila harus kita menunggu harga jatuh? Adakah satu hari nanti yang tidak pasti itu mampu kita beli emas? walaupun 1 dinar. Fikir-fikirkan lah.

Di bawah ini saya lampirkan graf selama 10 tahun yang lepas berkenaan kenaikan harga emas. Di mana harganya sentiasa meningkat.

Kesimpulan
Untuk melabur dan berniaga dalam pasaran emas, kita tidak boleh menunggu. Jika kita mengambil langkah menunggu dan lihat, kita tidak akan dapat memiliki emas tersebut walaupun seketul. Kita akan ditinggalkan oleh nilai emas tersebut. Walhal, jika kita memilikinya, kita mungkin sudah memperolehi hasilnya. sekian

Untuk maklumat lanjut. 
Hubungi 012-9562006 (wadi)
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan