PROFIL



Aswadi Mat Yaacob merupakan pemilik blog www.wadibiz.blogspot.com. Aswadi adalah salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang. Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan jual-beli emas serta memberi peluang kepada saudara-saudara untuk menceburkan diri di dalam perniagaan emas di Malaysia. Perniagaan emas Public Gold banyak membantu menjana pendapatan di samping menjadikannya satu pelaburan di masa hadapan.

Sungguhpun begitu, penyediaan blog ini juga adalah untuk berkongsi dengan saudara dan saudari berkenaan kepentingan melabur emas di zaman ini. Banyak blog dan web berkaitan emas telah diwujudkan. Ini kerana ramai yang telah sedar pentingnya menyimpan emas terutama dalam mempelbagaikan pelaburan masing-masing.

Mereka sedar bahawa nilai emas semakin hari semakin meningkat. Purata kenaikan dalam setahun sejak kebelakangan ini adalah sekitar 20%. Oleh itu dengan tersedianya blog sebegini, maka dapatlah membantu tuan puan mempelbagaikan pelaburan sebagai cagaran di masa hadapan.