Isnin, 27 Disember 2010

Emas sebagai wang simpanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Dua tiga hari sebelum ini, saya sibuk bertemu dengan pelanggan yang berminat mengenai emas. Pada pertemuan kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai manipulasi emas sebagai mengantikan wang simpanan.
Gaji yang kita peroleh setiap bulan, iaitu pendapatan pasif itu sebenarnya boleh kita gantikannya sebagai simpanan yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaannya, apabila kita memperoleh gaji pada bulan tersebut, kita akan simpan sebanyak 30% sebagai simpanan. Tidak kiralah, dalam ASB ker, akaun simpanan ker atau sebagainya.

Sebenarnya, wang simpanan itu boleh kita gantikan dengan emas. Caranya cukup mudah, iaitu:-
a)Apabila kita memperolehi pendapatan bulan tersebut, tanpa menggunakannya terlebih dahulu, kita tukarkan wang tersebut dengan emas. (beli emas dahulu)
b) Setelah memiliki emas, kita pajakkan emas tersebut di ar-rahnu.
c) Hasil pajakkan tersebut 65-70% daripada nilai marhum, kita akan diberi pinjam oleh ar-rahnu.
d) Duit tersebut bolehlah kita gunakan untuk belanja ataupn hendak beli emas lagipun boleh.
e) Di sini kita telah menyimpannya.
f) Setiap bulan, kita hanya perlu menjelaskan bayaran kepada ar-rahnu hinggalah selesai.
g) Diakhirnya kita akan dapat emas dengan nilai semasa yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Contoh pengiraan:
1) Katakan pendapatan RM3,200
2) Beli emas 20g Public Gold RM3,150.
3) Pergi pajak di Ar-rahnu Agrobank dapat RM2,320............. (nilai marhum RM3316 x 70%)
4) Katakan guna wang tersebut,.. 
5) Setelah itu, kia cuma perlu bayar kepada ar-rahnu secara ansuran ataupn secara langsung di bulan ke-6.
6) Bayar bulanan selama 6 bulan = RM 397.00/bulan (termasuk upah simpan). Jika tidak mampu dalam tempoh 6 bulan, tambah tempoh lagi sehingga 18 bulan.
7) Diakhirnya kita akan dapat emas tersebut beserta kenaikan harga emas.

Kesimpulan
Kaedah ini juga boleh diperaktikkan untuk memiliki emas. jika contoh pendapatan tersebut tinggi, kita juga boleh ganti dengan dinar. Dinar lagi rendah berbanding goldbar 20g. Cara menyimpan jenis ini adalah baik kerana emas tersebut boleh dipajak jika kita terdesakdan  ingin menggunakan wang.Ia juga mendatangkan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan dalam ASB.

sekian,
ingin berkongsi atau pertanyaan
hubungi 012-9562006
'pelaburan pintar adalah pelaburan emas'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan