Salam pertemuan buat saudara pembaca sekalian.
Topik yang ingin saya kongsi adalah berkaitan pemilihan emas untuk melabur. Terdapat banyak jenis emas yang berada di pasaran, tidak kiralah emas itu jenis berapa karatpn. Apa yang ingin saya kongsikan bersama saudara saudari sekalian adalah berkenaan pelaburan.
Apabila disebut pelaburan, maksudnya seseorang itu inginkan pulangan yang menguntungkan. Pulangan itu mestilah mencapai tahap yang paling tinggi. Jika boleh mencecah 200%.. ada tak? kalau ada kongsikan dengan saya juga...
Berbalik kepada pelaburan emas, di pasaran terdapat banyak jenis pelaburan yang boleh kita pilih. Tapi tahukah kita kelebihan dan kelemahannya?
Di sini saya ingin kongsikan bersama, iaitu:-
A) Barang Kemas;
Barang kemas atau perhiasan wanita ini boleh kita milikinya di kedai-kedai emas. Tidak kiralah jenis gelang, rantai, dan sebagainya. Biasanya dipakai oleh kaum wanita. Pada hari perkahwinan atau pertunangan, maka perhiasan wanita akan dijadikan hantaran.
Kebaikan:
a)Pelaburan yang baik untuk masa hadapan berbanding menyimpan wang.
b) Boleh dipajak jika keadaan memerlukan bantuan kewangan
c)Nampak cantik bila dipakai oleh kaum hawa... tapi hati-hati, risau diragut.
Kelemahan
a)Pelaburan yang mengambil masa yang panjang.
b)Spread yang besar (15-30%) apabila ditolak kepada kedai emas. Ini kerana ia dianggap used gold.
c)Beli di kedai, akan dikenakan caj upah oleh pemilik kedai emas.
d)Perlu dicuci sentiasa di kedai untuk menaikkan kilauan emas tersebut.
B) Jongkong Emas / Gold Bar
Emas jenis ini bagus untuk dijadikan pelaburan. Terdapat pelbagai jenis jongkong yamg dipasarkan di Malaysia. Antara pengeluarnya ialah:
a) United Overseas Bank (UOB Bank)
Terdapat banyak jenis yang dikeluarkan iaitu untuk jongkong PAMP suisse dan Kinebar manakala dalam bentuk syilingpun ada. Ia mempunyai sijil
b) Poh kong Bunga Raya
Ada dijual di kedai emas Poh Kong. Jongkong nya diberi nama Jongkong emas bunga raya
c) Habib Jewel
Habib Jewel juga menjual jongkong emas iaitu PAMP Suisse.
Kebaikan:
a) Baik untuk pelaburan. Lebih baik daripada barang kemas.
b) Dapat di beli di kedai emas atau di bank.
c) Mempunyai spread rendah.(Emas UOB Bank)
Kelemahan:
a) Spread yang tinggi bagi poh kong jika hendak ditolak
b) Tidak boleh calar atau bengkok. Emas tidak akan diterima.
c) Boleh dibeli pada waktu bekerja sahaja.
d)Plastik liminate tidak boleh dibuka.
d) Jongkong Public Gold.
Jongkong ini semakin digemari oleh pelabur emas di malaysia 2 tahun kebelakangan ini. Ini kerana harga yang ditawarkan mengikut harga pasaran dunia dan telah banyak menerima anugerah daripada pelbagai pihak. Promosi yang ditawarkan untuk menjadi dealer telah menarik ramai pelabur menceburi bidang perniagaan emas.
Kebaikan;
a) Boleh dimiliki dengan mudah 24 jam, hanya tel. dealar sahaja.
b) Diterima dikebanyakkan ar-rahnu jika ingin pajak.
c) Emasnya diterima walaupun bengkok, kemek dan calar oleh syarikat dengan syarat beratnya tidak kurang.
d) Spread yang rendah (5-6%)
e) Jongkong 24k(999.9)
f) Menawarkan peluang perniagaan jika menjadi dealer.
g) Mempunyai sijil perakuan
C) Syiling
Produk syiling yang terdapat di malaysia banyak jenis. Antaranya syiling keluaran UOB Bank, Kijang Emas, Syiling Kuwait Finance House, Dinar Kelantan, Dinar Public Gold, Dinar keluaran Nubex dan sebagainya.
Kebaikan:
a) harga yang rendah.
b) Terdapat pelbagai saiz dan berat.
c)Boleh dipajak di ar-rahnu
d) Menerima balik walaupun dibuka liminate (Public Dinar sahaja)
e) Diterima walaupun bengkok atau calar (public dinar sahaja)
f) Boleh dibeli secara online 24 jam (public dinar sahaja)
g) Spread yang rendah
h) Stok sentiasa ada kecuali kijang emas dan syiling UOB bank
i) Harga berubah setiap 20 minit (public dinar sahaja)
j)Mempunyai sijil perakuan
k) Boleh dibuat hantaran kahwin
Kelemahan
a) stok kena tempah dahulu (Kijang dan UOB bank)
b) Tidak diterima jika bengkok, buka plastik pembalut dan sebagainya (Kecuali Public Dinar)
c) Hanya waktu bekerja sahaja melainkan public dinar.
d) saiz ketulenan yang pelbagai (916 untuk public dinar)
D) Pelaburan Dengan Akaun.
Pelaburan dengan akaun juga baik untuk jangka masa panjang. Antara yang menawarkan pelaburan jenis ini di malaysia ialah Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House.Pelaburan ini memerlukan pembukaan akaun terlebih dahulu dan mempunyai syarat pembelian serta nama setiap akuan tersebut.
Kebaikan
a) Baik untuk pelaburan masa depan.
b) Spread yang rendah dan mengikut harga emas dunia (1- 3 kali sehari berubah)
c) Harga boleh disemak laman web masing-masing.
Kelemahan.
a) Tidak boleh dipajak kerana berbentuk akaun dan jika memerlukan wang, terpaksa menjualnya. Ada yang berbentuk fizikal tetapi jika terbuka plastik, maka tidak diterima.
b) Ada yang tidak memenuhi syarak.
c) Boleh dibeli pada waktu bekerja sahaja.
Kesimpulannya:
Untuk membuat pelaburan yang baik, kita perlulah memilih dengan teliti, pelaburan yang mana lebih baik terutama dari segi:-
a) Spread yang rendah
b) Boleh dipajak dan dimanipulasi emas tersebut terutama jika memerlukan wang.
c) Boleh diterima balik jika ingin menjualnya tanpa dikenakan apa-apa syarat.
d) Mudah untuk kita miliki dan beli. contohnya, jika harga jatuh tetapi stok tiada, bagaimana untuk kita milikinya.
e) Emas yang dibeli atau dijual mestilah tiada dikenakan caj upah, bengkok, terbuka plastik dan sebagainya.
f) Mesti mempunyai sijil perakuan oleh badan yang meniktifafnya.
g) Mestilah mengikut syarak jual beli.
sekian
Untuk keterangan lanjut dan ingin berkongsi maklumat.
hubungi 012-9562006
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan