Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Pada pertemuan kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan saudara-saudari berkenaan jenis-jenis pendapatan. Jika disebut pendapatan, ramai yang beranggapan pendapatan ini terhasil apabila seseorang itu bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti/perkara dan dibayar upah.Sebenarnya, pendapatan yang diperoleh bukanlah tertumpu kepada pekerjaan yang dilakukan semata-mata. Tetapi pendapatan ini boleh dihasilkan melalui tiga bentuk utama iaitu:-
a) Pendapatan yang diusahakan.
Pendapatan ini dikenali sebagai pendapatan aktif atau perkataan yang lebih mudah ialah pendapatan yang terhasil daripada kerja yang kita lakukan. Ramai orang yang menumpukan kepada pekerjaan aktif semata-mata. Mereka sanggup melakukan lebih daripada satu kerja sebagai tambahan pendapatan mereka. Tidak kiralah, kerja part time ker, bisnes kecil-kecilan, kerja-kerja sempingan dan sebagainya. Ini semua adalah untuk menambahkan sumber pendapatan.
b) Pendapatan Pasif.
Pendapatan pasif pula bermaksud pendapatan yang diperoleh tanpa memerlukan kehadiran kita sepanjang masa atau secara aktif. Terdapat banyak bentuk dan pilihan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan jenis ini anataranya, pendapatan sewa rumah, royalti hasil dari karya, komisyen jualan Unit Amanah/ insuran/MLM dan seumpamanya.
c) Pendapatan Portfolio
Pendapatan berportfolio ini juga dikenali pendapatan pelaburan. Pendapatan hasil daripada pelaburan memerlukan masa untuk membuahkan hasil yang lumayan. Antara pelaburannya ialah, simpana tetap, ASB, saham, pelaburan unit amanah, pelaburan emas dan sebagainya.
Berdasarkan jenis pendapatan tersebut, saudara-saudari sudah semestinya mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis sumber pendapatan kan?. Jika kita hanya bersandarkan kepada satu jenis sahaja maka plan persaraan, plan hari tua atau plan pendidikan anak-anak akan sukar untuk diperolehi. Jika kita mampu menggunakan semua ketiga-tiga cabang tersebut, sudah tentu kita mampu meningkatkan sumber pendapatan.
Jika kita tidak mampu mencapai ketiga-tiga jenis pendapatan tersebut, kita seharusnya mempunyai pendapatan portfolio selain daripada pendapatan aktif sebagai pulangan di masa hadapan. Pelaburan yang terbaik sebenarnya adalah pelaburan emas. Pelaburan emas adalah pelaburan yang berisiko paling rendah dan memberikan pulangan yang menguntungkan berbanding pelaburan lain. Ini kerana kenaikan tahunan pelaburan emas adalah antara 20-30% setahun. Selain itu, emas juga boleh dijadikan sumber pendapatan iaitu melalui komisen yang diberi oleh syarikat (Public Gold) dan keuntungan belian balik emas tersebut.
Kesimpulan:
Untuk meningkatkan sumber pendapatan, kita tidak seharusnya tertumpu kepada pendapatan aktif semata-mata. Pendapatan tambahan lain perlu bagi mengandakan lagi jumlah pendapatan kita sebelum ini. Selain itu, pelaburan yang dipilh juga mestilah yang mendatangkan pulangan yang setimpal dengan wang yang kita laburkan.
Ingin berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan,
sila hubungi 012-9562006
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan