Khamis, 16 Disember 2010

Simpan Emas, Kenapa?


 Salam pertemuan,

Artikel yang dikeluarkan oleh Bernama pada 15 Disember 2010. Saya ingin kongsikan sedikat berkenaan saranan ini. Mantan Perdana Menteri menyarankan sedemikian kerana nilai mata wang atau wang fiat sebenarnya tidak kukuh. Nilainya semakin hari semakin jatuh. Sebagai contoh mudah, pada tahun 2005 kita menyimpan di dalam bank RM10K, adakah sama RM10K pada tahun 2010?.. jawapannya tidak sama. Kalau emas, beratnya tetap sama tetapi nilainya semakin bertambah. Itu semua orang tahu.. tapi kenapa kita lebih suka menyimpan wang berbanding emas? Tiap-tiap bulan 10% dijadikan simpanan, wahal, nilainya semakin jatuh,.. kenapa tidak bertukar kepada emas,.. fikar-fikirkanlah,...
Untuk bacaan lanjut di laman web Bernama, sila klik


Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.




Kesimpulan:
Beralihlah simpanan wang kita kepada bentuk emas. Tidak kiralah dalam bentuk apapun, janji ia adalah emas (fizikal, barang kemas dsbnya). Untuk menjamin keuntungan di masa hadapan.


Berminatmelabur emas hubungi 012-9562006
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan