Sabtu, 12 Februari 2011

Emas, beli secara ansuran? boleh ke?

Assalamuaikum dan selamat sejahtera,..

             Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi tentang kaedah pembelian emas yang biasa dilakukan oleh pembeli-pembeli. Jika dilihat, sejak akhir-akhir ini, ramai yang telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas sebagai sumber pelaburan di masa hadapan. Walaupun tiada wang tunai dalam jumlah yang besar di tangan tapi mereka mampu memiliki emas tersebut melalui pelbagai cara atau kaedah. Ini kerana timbulnya kesedaran untuk menukarkan wang simpanan kepada bentuk emas sebagai benteng inflasi. Apabila wang ditukarkan kepada emas, maka kuranglah pengaruh luar untuk berboros atau membeli benda-benda yang bukan dalam senarai keperluan seperti menukarkan handset model terbaru, menukar kereta dan sebagainya. Selain itu, wang kertas yang berada dalam simpanan juga mudah untuk berbelanja. Mana tidaknya, bila-bila masa saja wang itu boleh dikeluarkan menggunakan mesin ATM apabila perasaan kehendak melepasi perasaan keperluan. 


             Dengan menukarkan wang kepada emas samaada dalam bentuk bar atau barang kemas, secara tidak langsung ia telah dijadikan simpanan dalam bentuk pelaburan. Ingatkah kita dahulu, kira-kira 4 tahun yang lepas harga emas 916 cuma sekitar RM74/gram, tetapi hari ini harganya telah meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda iaitu sekitar RM155/gram. Ini pada masa sekaranglah, tetapi dapatkah kita bayangkan 5 ke 10 tahun akan datang? masa itu usia kitapun dah meningkat. Silap-silap harga emas itu melebihi daripada pendapatan bulanan kita, terutama apabila kita hendak membeli sebentuk cincin atau seutas rantai buat isteri atau anak kesayangan kita.

           Oleh yang demikian, untuk membantu kita memiliki emas samada dalam bentuk bar atau barang kemas atupun dinar, beberapa kaedah yang dapat saya kongsikan pada posting kali ini. Antara kaedahnya ialah:-





a) Penggunaan Kad Kredit.
         Kad kredit juga boleh digunakan untuk membeli atau memiliki emas. Biasanya penggunaan kad kredit ini digunakan apabila harga emas itu jatuh ataupun ketika promosi besar-besaran oleh sesebuah kedai emas. Kononnya jualan penghabisan stok lama. Jika kita menggunakan kad kredit, maka ada caj tertentu dikenakan kepada pengguna kad kredit tersebut. Sebelum menggunakannya, eloklah bertanya dahulu caj yang dikenakan itu.

b) Menggunakan Loan/Pinjaman
           Membuat pinjaman semata-mata membeli emas, merupakan teknik yang baik jika dibandingkan membuat pinjaman hanya untuk membeli barangan susut nilai. Kebanyakkan pelabur membuat pinjaman untuk membeli emas adalah bergantung kepada kemampuan simpanannya setiap bulan. Contoh, simpanan setiap bulannya adalah sebanyak RM500.00. Maka jumlah tersebut digunakan untuk membuat pinjaman bagi bayaran ansuran bulanan tidak melebihi RM500.00. Katakan pinjaman yang diperoleh RM45,000. Dengan wang sebanyak itu, mereka laburkan dalam bentuk emas samada dalam bentuk akaun mahupun bentuk fizikal. Pelaburan terbaik adalah dalam bentuk fizikal (rujuk posting terdahulu).



c) Kutu Emas
           Kaedah kuno atau  teknik tradisional ini juga menjadi pilihan utama ramai pelabur-pelabur emas di luar sana. Kaedah jenis inipun mempunyai pelbagai cara, semuanya bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat. Antaranya bersandarkan kepada harga emas ataupun kepada unit emas ataupan dalam bentuk wang. Bagi kaedah kutu harga emas, setiap ahli mesti membeli emas setiap bulan mengikut turun naik harga emas. Setelah membelinya maka diserahkan kepada pemilik yang telah diundi. Manakala bagi unit emas, setiap ahli perlu menyerahkan beberapa unit emas mengikut jenis kepada ahli yang diundi berdasarkan bulan undian. Bagi kutu dalam bentuk wang, mereka memperoleh wang dahulu lalu menukarkannya kepada emas. Wang diperoleh itu bergantung kepada berat emas dan harga semasa emas tersebut.

d)Buat Baik
           Kaedah ini jarang kita lihat atau jumpa. Tetapi ada dari kalangan pelabur yang menggunakan kaedah ini. Caranya agak mudah, iaitu sifat kepercayaan daripada pemilik kedai emas. Mereka memberikan kemudahan ansuran kepada pembeli emas di kedai mereka. Ini mungkin mereka telah lama mengenalinya ataupun pelanggan tersebut adalah pelanggan tetap. Bagi kakitangan kerajaan juga mereka ada meyediakan kemudahan bayaran ansuran. Mungkin melalui potongan gaji angkasa kot!

e)Teknik Ar-rahnu.
           Kaedah inilah yang paling gemar pembeli atau pelabur emas gunakan. Kaedahnya agak simple, iaitu pembeli yang berminat hanya perlu menyediakan sejumlah kecil wang sahaja. Iaitu kira-kira 35% daripada harga emas tersebut. Peniaga emas menyerahkan emas tersebut untuk kepada pembeli untuk dipajak. Wang hasil daripada pajakkan di ar-rahnu itu diserahkan kepada peniaga itu bagi mencukupkan nilai emas tersebut iaitu 65%. Biasanya dengan menggunakan teknik ini, pembeli emas akan mendapat lebihan duit hasil daripada pajakkan tersebut. Melalui teknik ini, pembeli dapat menebus emasnya pada bila-bila masa ataupun membayar kepada ar-rahnu secara ansuran. Akhirnya setelah selesai ansuran, maka emas tersebut menjadi milik pembeli itu.

Kesimpulan
Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memiliki emas jika sekiranya kita tidak mempunyai wang sejumlah yang besar terutama untuk membuat pelaburan dalam emas. Teknik sebegini digunakan adalah kerana mereka tahu harga emas sentiasa meningkat. Jika mereka tunggu wang simpanan mereka cukup untuk membeli emas, maka akan timbul persoalan di minda mereka iaitu berapakah harga emas pada masa itu?. Walaupun demikian, terdapat ramai juga pelabur yang mempunyai kuasa wang yang besar tetapi masih lagi menggunakan kaedah ini. Ini adalah rahsia mereka, semuanya bergantung kepada strategi dan matlamat seseorang itu. Sekian.

Pelaburan yang bijak adalah pelaburan emas
Pertanyaan atau ingin membeli emas menggunakan teknik (b) dan (e)
hubungi 012-9562006 (wadi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan