Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara / saudari yang sentiasa mengikuti post ini. Sejak dua minggu kebelakangan ini, harga emas dalam bentuk trend menurun. Adakah ini petanda awal harga akan terus menurun?. Ataupun harga ini adalah bersifat sementara? ataupun juga harga ini adalah yang paling rendah? Untuk membuat keputusan tersebut, semuannya bergantung kepada beberapa golongan dan ilmu yang dimiliki.
A) Penganalisis harga emas
Bagi yang mempunyai ilmu menganalisis harga dan pengalaman serta tahu selok belok penawaran dan permintaan. Mereka dapat menentukan harga tersebut setidak-tidaknya hampir tepat. Ada juga ramalan mereka tersasar tetapi masih hampir dengan harga yang diharapkan Walaubagaimanapun, harga komoditi emas ini boleh berubah bila-bila masa sahaja tetapi perubahannya tidaklah sepantas di pasaran saham. Apabila harga mencecah harga sasaran, maka penganalisis akan membeli dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, analisis daripada mereka yang pakar boleh digunakan atau dijadikan penanda aras untuk kita memiliki emas di pasaran.
B) Peniaga Emas
Peniaga emas lain pula ceritanya, bagi mereka harga turun atau naik tidak pernah menjadi masalah. Mereka tetap membeli emas tersebut. Jika harga turun, mereka akan membeli dengan kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi jika permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Kebiasaannya mereka akan memiliki emas yang banyak sabagai stok. Mereka sedar, permintaan yang tinggi berlaku apabila tibanya musim perayaan dan musim cuti sekolah (majlis perkahwinan). Walaupun harga jatuh atau naik, mereka tetap mendapat keuntungan melalui spread harga yang telah mereka tetapkan.
C) Pelabur emas
Berlainan pula dengan pelabur emas. Bagi pelabur emas yang hanya tertumpu kepada melabur emas sahaja, mereka ada target masing-masing. Pelabur ini tahu dalam jangka masa yang panjang harga emas akan meningkat. Mereka tidak risau dengan harga emas itu naik atau turun. Ini kerana target mereka adalah jangka masa sederhana dan panjang. Jika ada wang ditangan, mereka akan cepat-cepat tukarkan kepada emas. Bagi yang memiliki ilmu menganalisis, mereka akan meneliti harga terlebih dahulu sebelum membelinya.
D) Pemerhati
Pemerhati pula mempunyai sikap memerhati dan menunggu. Walaupun harga tersebut turun, tetapi masih lagi memerhati. Mereka hanya beranggapan harga emas masih lagi tinggi. Mereka dapat menyampaikan dengan baik tentang naik turun harga emas. Ini mungkin disebabkan beberapa perkara yang menganggu keputusan mereka, antaranya:-
i- Tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk memiliki emas.
ii- Lebih mementingkan wang simpanan daripada pelaburan emas. Bagi mereka memiliki emas itu tidak menampakkan pulangan yang menguntungkan.
iii-Hanya minat untuk mengetahui sahaja dan kurang yakin dengan emas walaupun mempunyai wang di tangan.
iv- Beranggapan emas itu mahal dan mereka akan terus menunggu sehingga harga itu jatuh seperti di zaman 30 tahun yang lepas. Itupun masih juga mahal.
v- Lebih mengutamakan benda lain dahulu (liabiliti dan kehendak). Jika ada lebihan wang barulah memiliki emas, tetapi emas itu adalah pilihan yang terakhir.
Kesimpulan
Untuk membuat pelaburan yang bijak terutama pelaburan masa hadapan, maka seseorang itu haruslah memiliki ilmu terlebih dahulu melalui pembacaan, seminar, forum-forum dan seumpamanya bagi meningkatkan keyakinan. Setelah keyakinan itu diperoleh, maka langkah seterusnya perlu dilakukan tanpa menunggu dan melihat terlebih dahulu. Jika hanya menunggu, masa yang dilalui tidak dapat diundur lagi.
sekian
'Pelaburan Emas adalah Pelaburan Yang Bijak'
012-9562006
(untuk pertayaan, memiliki emas atau perkongsian maklumat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan