Jumaat, 29 April 2011

Satu Lagi Tempat Pajak Gadai Islam

RHB Islamic sasar RM20 juta

KOTA BHARU 28 April - RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas.
Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.
"Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.
"Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

"Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun," katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.
Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.
Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.

 Sumber: Utusanonline

Khamis, 28 April 2011

Ar-Rajhi Bank :Skim Pelaburan

Pelaburan emas Al Rajhi

BANK Al Rajhi, bank Islam terbesar dunia mengorak langkah setapak lagi dengan memperkenalkan skim pelaburan terbaru, Al Rajhi Gold-i yang membolehkan pelanggan membuat pelaburan dalam bentuk emas fizikal yang lebih selamat dan terjamin.
Pengarah Bank Runcitnya, Sabry Ghouse berkata, pelaburan emas sudah terbukti sejak ribuan tahun dahulu sebagai satu medium pelaburan dan mempunyai peranan penting untuk melindungi nilai sebenar wang terutama ketika ekonomi tidak menentu.

“Kami menawarkan urusan jual beli nilai sebenar emas tulen dari jenis 999.9 yang diperoleh dari Switzerland dengan pelanggan akan mendapat manfaat daripada pelaburan sebenar merangkumi risiko minimum ke atas pelbagai aset dan pemilikan pelaburan tunggal.
“Selain itu, skim ini mempunyai kelebihan tersendiri seperti penukaran tunai ketika berdagang, penyimpanan yang selamat dan perlindungan Takaful bagi setiap emas yang disimpan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pelanggan diberi dua pilihan untuk memilih emas dalam bentuk ketulan ataupun wafer dengan setiap satunya memiliki berat antara 5 gram hingga 1 kilogram selain harga ditetapkan bergantung kepada pasaran semasa.

Sabry berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan Pertubuhan Emas Sedunia pada tahun lalu, perhiasan dan barang kemas mempengaruhi permintaan terhadap emas fizikal serta syiling di pasaran secara tidak langsung menyaksikan pelabur dari beberapa negara seperti China dan India menjadikannya simpanan untuk jangka masa panjang.


Perak : Pelaburan Menguntungkan




KENAPA PERLU MENYIMPAN PERAK DARI SEKARANG?

Disunting dari sumber : Howard Ruff, The Ruff Times
27 April 2011 08:54


Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan?
Perak lebih menguntungkan berbanding emas.

Sejarah telah membuktikan :
Tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat.
Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.

Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut:

a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.

b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 40 per ounce.
c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak.
d. Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir (PE ada simpanan yang banyak), anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas.
e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak
f. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.
g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57. Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.
Apakah jenis perak harus anda beli?

Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan.

Sampai bila kita mahu memandang perak?

Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak.
Dimana mahu simpan perak?
Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat. Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain.

Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan.

Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industry perak standing dengan emas.

Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?

Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak aka nada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang.

Perak komoditi warisan keluarga?

Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti
sumber : Penditaemas

Selasa, 26 April 2011

Emas: Pelaburan Selamat

Selamat labur dalam emas

Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MOHD ZARUDDIN...nilai emas sentiasa naik
MOHD ZARUDDIN...nilai emas sentiasa naik
MASYARAKAT tempatan terutama golongan wanita yang gemar menggunakan perhiasan berasaskan emas digalakkan supaya menjadikan hobi itu sebagai pelaburan utama memandangkan nilai bahan itu melonjak tinggi hampir setiap tahun.
Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, naik turun nilai emas tidak terlalu terpengaruh jika berlaku inflasi dan hal itu menjadi faktor utama mendorong masyarakat untuk membeli emas dan membuat pelaburan.

“Melabur dalam aset ini adalah satu pelaburan yang selamat dan tidak akan terjejas walaupun situasi dunia sekarang yang sedang bergolak dan menghadapi masalah ketidaktentuan dalam kestabilan ekonomi,” katanya.
“Pelaburan emas yang menguntungkan ini adalah pelaburan jangka panjang. Jika beli emas sekarang, selepas lima hingga 10 tahun nilai emas akan naik,” katanya.
Menurutnya, skim Ar- Rahnu yang diperkenalkan kepada orang ramai dilihat sebagai satu sistem cagaran yang baik selain bertujuan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat cara pemajakan gadai secara berhemah.
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggung apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan mengenai barang gadaian yang terpaksa dijual dan jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan.
Habib Jewels yang turut memiliki kedai pajak Ar-Rahnu di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memberi alternatif dan pulangan yang lebih tinggi kerana upah simpan yang dikenakan tidak melebihi 10 peratus dan menawarkan pinjaman tanpa faedah.

“Selalunya, kita akan bayar kadar faedah yang tinggi iaitu dua peratus sebulan untuk kedai konvensional pajak gadai sebanyak dua peratus, tetapi sekarang orang ramai dapat membayar upah simpan dengan kadar yang lebih rendah” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Emas di Malaysia’ pada Bengkel Korporat Muslimah, di Bangunan Felda, semalam. Bengkel yang bertemakan ‘Kilauan Firdausi’ masuk tahun kedua hasil kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Felda Holdings Berhad (Felda) itu turut memperkenalkan zakat emas kepada golongan sasaran pembayar zakat wanita yang bekerja di Felda Holdings

sumber: Mymetro

Rabu, 20 April 2011

Apa Punca Kedai Emas Lengang ni?

Kedai emas semakin lengang


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

sumber: Kosmo online

Sabtu, 16 April 2011

Harga Emas Naik Lagi

Lonjakan harga emas


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber : kosmo

Isnin, 11 April 2011

Pergolakan - Meningkatkan Harga Emas

Pergolakan dunia semasa

PELBAGAI perkembangan berlaku seminggu dua ini dan penting untuk kita mengambil tahu. Pasaran saham New York dan London naik walaupun Libya, Syria dan Yemen bergelut dengan demonstrasi inginkan perubahan kepimpinan.
Libya sudah dikenakan zon larangan terbang dan pengeluar minyak ketujuh terbesar di dunia itu tidak akan dapat membekalkan dunia dengan dua peratus yang dibekalkannya selama hari ini.
NATO memimpin serangan ke atas tentera Gadaffi, walaupun kadangkala mereka tersalah sasaran dan pejuang anti-kerajaan menerima padahnya. Pada waktu yang sama, minyak juga naik ke paras AS$108 setong di pasaran New York, paras tertinggi sejak dua tahun lepas. 

Kenaikan minyak dan emas mencecah paras AS$1,451 seauns di pasaran New York. Sekali imbas dilihat bahawa kekacauan di Timur Tengah tidak mendatangkan kesan buruk kepada pasaran saham dunia. Walaupun Obama berhadapan dengan kemungkinan ditutup perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat angkara tiada persetujuan dengan speaker yang terdiri daripada Republican tentang pemotongan AS$33 bilion daripada belanjawan negara tersebut, keadaan ekonomi di negara tersebut menunjukkan tanda-tanda pemulihan terutama sekali dari segi pengurangan pengangguran.
Laporan pendapatan syarikat juga menunjukkan rata-rata pemulihan korporat. Di rantau sebelah kita, berita terbaru ialah kemungkinan besar kerajaan Australia menolak pembelian Bursa Saham Australia oleh Bursa Saham Singapura. Penggabungan itu sekiranya berlaku akan mewujudkan bursa saham kedua terbesar di rantau Pasifik.
Sedikit sebanyak ini akan memberi kesan kepada bursa saham kita. Sudah sampailah masanya bursa saham kita berbuat sesuatu supaya kita dapat terus berdaya saing di rantau ini. Ini berlatarbelakangkan kemajuan dari semasa ke semasa bursa-bursa lain seperti Thailand dan Indonesia yang semakin hari semakin mengorak langkah yang jauh daripada kita. 

Ura-ura menyenaraikan saham-saham daripada bursa-bursa di rantau ASEAN ini perlu dipercepatkan kerana entiti demikian hanya satu saja yang boleh wujud dan kalau ditubuhkan oleh orang lain, kita akan melepas lagi.
Tumpuan kepada pelabur runcit wajar dipertingkatkan kerana tiada siapa yang tahu kuasa pelabur runcit yang sebenarnya. Kalau kita memperkatakan tentang pelabur institusi, balik-balik kita bercakap tentang institusi-institusi yang sama sahaja seperti KWSP dan PNB. Kalau hendak dikirakan dari segi mutu syarikat yang tersenarai berbanding dengan bursa lain di rantau ini, kita memiliki lebih banyak syarikat yang bermutu tinggi daripada bursa-bursa lain, tetapi kenapa jumlah dagangan dan nilai dagangan orang lain lebih tinggi daripada kita.
Ini bererti faktor-faktor sokongan seperti kemudahan pembiayaan kewangan dan lain-lain faktor yang berkaitan dengan susah/senangnya melakukan urusan dagangan perlu dilihat dan dikaji. Pasaran adalah ibarat burung di dalam genggaman, kalau terlalu ketat burung akan mati, terlalu longgar burung akan terbang. Seorang broker yang telah berkecimpung dalam pasaran saham selama 20 tahun dan telah bersara mengatakan walaupun kita telah mencecah paras 1,500 mata di FBMKLCI tetapi dalam ‘real terms’ (kenaikan sebenar), kita belum mencapai paras 1990-an dahulu.
Kita perlu menaikkan minat pelabur runcit kita dan kembali kepada kedudukan pertama di rantau ASEAN seperti sebelum krisis 1998 dan dengan adanya kemajuan teknologi hari ini, kita tidak memerlukan banyak cawangan untuk syarikat broker kita. Kita hanya perlukan ‘kemudahan dalam urusan melalui teknologi’.
Dua perkara penting yang wajar kita beri perhatian ialah kedudukan mata wang kita dan nilai emas dari semasa ke semasa. Mata wang kita telah menunjukkan kenaikan sejak Januari 2011, berbanding dengan Dolar Amerika yang menunjukkan kenaikan daripada AS$1 sebanyak RM3.0640 pada 3 Januari 2011 kepada RM3.0255 untuk AS$1 pada 5 April 2011.

Bagi mata wang pound, mata wang kita jatuh daripada RM4.762 untuk satu pound pada 3 Januari 2011 kepada RM4.9466 untuk satu pound pada 5 April 2011 dan untuk Dolar Singapura pula kita juga jatuh daripada RM2.3839 untuk satu Dolar Singapura kepada RM2.4006 bagi satu Dolar Singapura untuk masa yang sama. Apa yang boleh kita rumuskan daripada angka-angka ini ialah kenaikan Ringgit dengan Dolar Amerika dan bukan lain-lain tempat. Ini disebabkan ekonomi Amerika sudah sampai ke tahap yang teruk dan baru hendak kembali pulih.
Bagi emas pula harga penutup pada 5 April 2011 ialah AS$1451.80 seauns dan setahun dulu ialah AS$1132.90 seauns, kenaikan sebanyak 28.15 peratus. Bagi kebanyakan orang ramai, mungkin harga ini terlalu tinggi tetapi di sinilah bursa saham kita perlu melihat ETF untuk emas diperdagangkan. ETF ialah Exchange Traded Fund atau Dana Dagangan Bursa seperti yang digunakan dengan saham indeks atau saham-saham pilihan. Dengan dagangan ETF ini, seseorang pelabur itu tidak perlu mengeluarkan harga satu auns tetapi satu par sepuluh daripada harga semasa.

Walau bagaimanapun jika pelabur ingin menyimpan emas secara nyata, bursa mestilah bersedia memberikannya. Pada masa ini, sesiapa yang berminat melabur dalam emas (bukan barangan kemas), ada bank-bank perdagangan yang jual beli emas dengan menggunakan buku simpanan.
Jadi, bagi mereka yang ada lebihan wang untuk dilaburkan, fikir-fikirkanlah yang mana satu wajar diberikan tumpuan. Satu lagi malapetaka yang melanda ekonomi ketiga terbesar dunia ialah tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 pada 11 Mac 2011 di Jepun dan kesan buruk selepas itu. Kesan utama yang banyak diperkatakan hari ini ialah loji nuklear yang bahan radioaktifnya telah dibuang ke Lautan Pasifik.
Pelbagai angka radiasi diberikan sehingga tujuh juta kali ganda paras selamat pernah dinyatakan. Apa yang berlaku di loji nuklear Jepun ini memberi pelbagai implikasi kepada negara-negara yang ingin mendirikan loji nuklear. Malahan ramai yang sudah memberhentikan operasi loji mereka, menunggu apa yang bakal berlaku di Fukushima tersebut dan bagi mereka yang bakal mendirikan loji nuklear, mengkaji semula keinginan tersebut.

sumber: utusanonline

Pelaburan Silver


            Setelah sekian lama emas mendapat perhatian lebih seperti “anak tunggal” , kini silver/perak pula mendapat perhatian tersebut.Mengapa tidaknya , potensi kenaikan harga silver/perak mengatasi kenaikan harga emas sejak kebelakangan ini.Saya pernah ditanya oleh salah seorang “pengkaji silver” :

Kita sering mendengar perkataan lombong emas tapi tidak pernah mendengar perkataan lombong perak/silver . Adakah silver juga mempunyai lombong sendiri ? Jawapannya TIDAK , silver boleh didapati dari serpihan lombong emas/perak sahaja.Ini bermakna secara logiknya dalam dunia ini , emas lebih banyak berbanding perak/silver.Jika sesuatu barang terhad/berkurangan tetapi permintaan semakin tinggi , maknanya nilainya semakin meningkat ! Renung-renung bersama……..
Untuk menguatkan lagi fakta , pelaburan silver lebih menguntungkan berbanding emas sejak kebelakangan ini , saya sertakan graf kenaikan harga silver dunia :


Baiklah , mungkin ada yang kurang jelas peningkatan harga silver berpandukan pada graf diatas.Dibawah saya akan tunjukkan gambar harga silver keluaran syarikat Public Silver.Sebelum itu saya terangkan serba sedikit mengenai Public Silver bagi mereka yang belum pernah mengenali Public Silver.Public Silver adalah salah satu anak syarikat Public Fine Gold International Sdn.Bhd yang berpengkalan di Pulau Pinang.Public Silver mengeluarkan jongkong perak dalam bentuk jongkong perak seberat 250g , 500g dan 1kg yang berketulenan 999 dan mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd. Ini bagi menjamin mutu jongkong perak keluaran Public Silver adalah setaraf dengan jongkong perak lain di peringkat antarabangsa.

 

 

 

Sumber: Emaskini.com