Memaparkan catatan dengan label Rantai tangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rantai tangan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2011

Wanita Kini Tidak Gemar Menyimpan Emas?

Didik wanita melabur emas


Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.


Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.
Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

"Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.
Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.
"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.
Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.
"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.
Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.
Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.
Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.
"Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.

Sumber: Utusanonline

Tips pelaburan :

1- pastikan barangan kemas yang dibeli menepati berat dan ketulenan emas itu. Jika 24K pastikan ia benar-benar 24K.
2- Pilih harga yang ditawarkan mengikut harga pasaran semasa dan bukannya harga pasaran yang ditetapkan oleh satu-satu pertubuhan atau persatuan. Jika tidak, untuk memaksimumkan keuntungan adalah pada tahap rendah.
3. Elakkan membeli barang kemas yang mempunyai kos upah yang tinggi. Paling baik untuk pelaburan, mestilah tiada kos upah (=0)
4. Pastikan syarikat itu boleh membeli kembali barangan itu dengan harga semasa yang tinggi yang ditawarkannya. Bukannya menolak harga dengan kos-kos sampingan. Antaranya, emas calar, used gold, sijil rosak dan sebagainya.
5. Memiliki sijil yang diiktiraf sebagai jaminan satu hari nanti.
6. Elakkan membeli barangan emas yang mempunyai batu permata. Ia akan mengurangkan kadar keuntungan kelak.

sekian..

Rabu, 20 April 2011

Apa Punca Kedai Emas Lengang ni?

Kedai emas semakin lengang


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

sumber: Kosmo online

Ahad, 27 Februari 2011

Jumaat, 11 Februari 2011

Meminimumkan Upah Simpan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,..

          Lama rasanya saya tidak menulis di dalam blog ini. Ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Setelah seminggu perayaan Tahun Baru Cina, kini harga emas semakin meningkat. Walaupun pergerakannya masih lagi perlahan, tetapi ia menunjukkan pergerakan menaik. Sesiapa yang sempat memiliki emas pada harga sebelum atau pada perayaan tahun baru cina ini, iaitu sekitar RM3000(public gold 20g), maka beruntunglah kerana kenaikannya pada hari ini sekitar RM3080..

          Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tip untuk mengurangkan kos/upah simpan di ar-rahnu. Terdapat beberapa cara untuk meminimumkan kos penyimpanan, sebelum menanti kenaikan harga yang mendatangkan keuntungan. Ramai yang memajak emas mereka di ar-rahnu tetapi, hanya menunggu sehingga harga emas itu naik. Setelah harga itu naik, maka mereka menebusnya dengan membayar upah simpan dan mengembalikan semula wang pinjaman itu bagi mendapatkan semula emas yang telah dicagarkan. Ini bergantung sepenuhnya kepada kenaikan harga emas, jika kenaikan yang maksimum itu berlaku dalam masa 6 bulan, maka upah simpan adalah sebanyak nilai 6 bulan.
          Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kos simpan di ar-rahnu. Antara caranya ialah:-

a) Pembayaran ansuran
         Kos dapat dikurangkan jika kita dapat menyelesaikan pinjaman itu dalam masa yang singkat. Antaranya dengan membuat pembayaran ansuran setiap bulan. Bergantung kepada target kita, berapa lama kita ingin melangsaikan pinjaman itu. Adakah dalam masa 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan atau beberapa bulan yang kita tetapkan tanpa melihat kepada kenaikan harga emas. Cara ini dapat mengelakkan kerumitan kita untuk membayar diwaktu akhir pajakan.

b) Pinjaman wang 
         Melalui pinjaman daripada kenalan terdekat atau saudara-mara. Buat pajakan emas pada bulan pertama. Selepas itu pada bulan kedua atau bulan seterusnya, kita pinjam wang daripada saudara-mara. Dapat wang tersebut, tebuslah emas itu. Jika emas itu menghasilkan keuntungan, kita jual atau pajak kembali emas itu untuk membayar balik wang pinjaman itu. Jikalau harga emas tidak naik dan tidak mendatangkan keuntungan, pajak kembali emas tersebut untuk membayar wang pinjaman kita itu.

c) Surat pajak
         Surat pajak juga berguna kepada kita, walaupun belum mendatangkan untung yang maksimum. Bagi mengurangkan upah simpan, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang atau untuk kita jual emas itu. Jika hendak jual, kita dapatlah sedikit keuntungan, tetapi kita kehilangan emas. Tetapi yang paling baik, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang dan tebus kembali emas tersebut. Setelah dapat emas itu, kita pajakkan kembali untuk mengembalikan wang yang dipinjam itu. Di sini upah simpan dapatlah dikurangkan.

d) Tebus satu demi satu
Kaedah tebus satu demi satu juga dapat mengurangkan kos/ upah simpan. Apabila semakin kurang emas yang dipajak di ar-rahnu maka upah simpanpun turut berkurang. Sebagai contoh, kita pajakkan 6 utas rantai emas pada mulanya. Setelah sebulan, kita tebus satu atau dua utas rantai emas dahulu. Kemudian di bulan yang lain, kita tebus pula baki rantai yang kita pajak di ar-rahnu. Proses ini diulang-ulang sehingga habis emas yang kita pajak itu. Cara ini dapatlah mengurangkan kos penyimpanan emas di ar-rahnu.

e) Pajak beli pajak.
         Kaedah ini adalah yang terbaik. untuk mengurangkan kos pajakan, kita gunakan 2 pajakan yang berbeza. Nak guna lebihpun boleh. Caranya, kita bahagikan kepada 2 bahagian emas. Contoh, kita mempunyai 6 goldbar seberat 20g. Kita pecahkan kepada:-

i) Pecahan (3/3)
        Untuk pecahan 3/3. Kita pajakkan 3 ketul emas pertama dahulu. Cukup 15 hari, kita pajak 3 ketul lagi untuk tujuan menebusnya. Dapatlah 3 ketul yang kita pajak dahulu. Setelah 15hari lagi, kita tukarkan pula dengan  pajakan 3 ketul untuk menebus 3ketul emas itu. Perkara ini diulang-ulang sehinggalah harga emas itu meningkat. Setelah meningkat. kita boleh jual atau pajak semula untuk dapatkan lebihan duit sebagai keuntungan.

ii) Pecahan 1/5
       Kaedah ini, boleh digunakan dan ianya mendatangkan keuntungan yang maksimum. Caranya ialah dengan memajak 5ketul emas terlebih dahulu. Setelah dapat duit pajakan, beli emas dengan duit pajakan itu (dapatlah 4 ketul jika tambah duit sikit). Sekarang emas ditangan kita sebanyak 5ketul. Emas 5 ketul itu, kita pajakan semuanya. Dapatlah wang hasil pajakkan itu. Setelah 15 hari, kita tebus kembali emas 5ketul yang pertama dengan duit tersebut.Cara pajakkan ini diulag-ulang setiap 15hari sehingga emas itu naik harganya. Setelah naik harga, jual 4/5 ketul emas yang ada di tangan untuk menebus emas di ar-rahnu. Di sini kita mempunyai emas di tangan sebanyak 5/6 ketul.

         Semua cara yang dinyatakan di atas memerlukan pemahaman yang sebaiknya dan panduan yang jelas daripada penulis. setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan buat saudara-saudari sekalian.

Kesimpulan.
       Untuk meminimumkan upah simpan di ar-rahnu sebelum menantikan kenaikan harga emas. kita perlu mencari cara yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan kita. Semua kaedah yang dinyatakan itu dapat dipraktikkan jika kita mempunyai disiplin dan ilmu berkaitan pengurusan kewangan.

Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik
untuk pertayaan hubungi
012-9562006 -wadi

Selasa, 8 Februari 2011

Promosi Rantai Emas 999

Ingin Memiliki Rantai Tangan Emas 24karat?

Hanya RM150/g
Harga Promosi Untuk 2 Utas Rantai Sahaja 
Sah Sehingga  19 Februari 2011 sahaja

Rantai Tangan Emas 999.9 seberat 30.14g..
Harga Cuma RM4,520













Rantai Tangan 999.9 Jenis Pasir
Berat 20.08g
Harga tawaran RM 3,010 









Siapa Cepat Dia Dapat!!