Memaparkan catatan dengan label kelebihan emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelebihan emas. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Dinar Emas Rabbani


Rabbani kini sedang giat mempromosikan satu lagi produk baru mereka iaitu Dinar Emas Rabbani.
Azadan memberitahu, ini merupakan cara terbaik mereka untuk mendidik peminat serta umat Islam di negara ini dalam membuat pelaburan pada masa hadapan.
"Penjualan Dinar Emas Rabbani ini merupakan satu lagi cabang perniagaan kumpulan Rabbani selepas agensi perlancongan.

"Walaupun baru saja dilancarkan, Alhamdulillah ramai yang membeli Dinar Emas Rabbani dan ini membuktikan para peminat sentiasa menyokong kami," kata Azadan.

Walaupun Rabbani sudah membina nama dalam bidang perniagaan, menyampaikan dakwah melalui muzik nasyid tetap menjadi tujuan utama kumpulan ini untuk terus berada di dalam industri hiburan.
"Kami melihat dunia hiburan ini sentiasa bergerak laju, bermakna lambat laun Rabbani juga akan hilang suatu hari nanti dan diharap dengan persediaan ini kami akan dapat meneruskan legasi Rabbani," kata Azadan penuh harapan.

Khamis, 6 Oktober 2011

Wanita Kini Tidak Gemar Menyimpan Emas?

Didik wanita melabur emas


Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.


Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.
Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

"Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.
Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.
"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.
Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.
"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.
Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.
Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.
Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.
"Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.

Sumber: Utusanonline

Tips pelaburan :

1- pastikan barangan kemas yang dibeli menepati berat dan ketulenan emas itu. Jika 24K pastikan ia benar-benar 24K.
2- Pilih harga yang ditawarkan mengikut harga pasaran semasa dan bukannya harga pasaran yang ditetapkan oleh satu-satu pertubuhan atau persatuan. Jika tidak, untuk memaksimumkan keuntungan adalah pada tahap rendah.
3. Elakkan membeli barang kemas yang mempunyai kos upah yang tinggi. Paling baik untuk pelaburan, mestilah tiada kos upah (=0)
4. Pastikan syarikat itu boleh membeli kembali barangan itu dengan harga semasa yang tinggi yang ditawarkannya. Bukannya menolak harga dengan kos-kos sampingan. Antaranya, emas calar, used gold, sijil rosak dan sebagainya.
5. Memiliki sijil yang diiktiraf sebagai jaminan satu hari nanti.
6. Elakkan membeli barangan emas yang mempunyai batu permata. Ia akan mengurangkan kadar keuntungan kelak.

sekian..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Wanita Kelantan dan Emas

Nilai emas bagi wanita Kelantan


Emas disusun kemas dan cantik bagi menarik perhatian golongan wanita.


KOTA BHARU 25 Ogos – Emas adalah barang paling akrab dengan golongan wanita kerana tanpa kilauan emas, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.
Di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu sehingga ada yang berjenaka ‘tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas.’
Maka tidak hairanlah didapati ramai wanita Kelantan termasuk peniaga sayur di Pasar Siti Khadijah, pergelangan tangan mereka sentiasa disaluti barangan kemas, menggambarkan betapa obsesnya golongan hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang ini kepada emas.

Kenaikan mendadak harga emas di pasaran ketika ini juga dilihat tidak menjejaskan minat mereka terhadap barang kemas apabila tinjauan sekitar bandar ini baru-baru ini mendapati, hampir kesemua kedai emas menerima kunjungan ramai di kalangan wanita yang ingin ‘melaram’ atau kelihatan ‘cantik’ semasa Hari Raya Aidilfitri.
Andainya pada sambutan hari raya raya tahun lalu, mereka membeli rantai yang beratnya kira-kira ‘lima rial berat’, tahun ini mereka mungkin membeli ‘20 rial berat’ pula.
Emas Kelantan mempunyai panggilan tersendiri iaitu ‘ satu rial berat’ bersamaan dengan 2.72 gram dan harga pasaran RM445 atau RM163.60 satu gram (ketika laporan ini dibuat).

Antara barangan kemas yang menjadi pilihan sudah semestinya rantai atau gelang yang ditawarkan dalam pelbagai bentuk rekaan klasik dan kontemporari.
Corak itu sesuai dengan cita rasa pelanggan terutama di kalangan anak gadis.
Seorang peniaga emas dan permata, Jamal Hosen, 30, memberitahu, walaupun jualannya kali ini agak berkurangan berbanding tahun lalu, namun, masih ramai yang datang membeli di kedainya.
“Antara yang menjadi pilihan ialah rantai tangan dengan reka bentuk seperti KLCC, Benson, Dunhill, bunga dan sebagainya. 

‘‘Saya mendapat tempahan barang kemas ini dari Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelanggan,” katanya kepada Utusan Malaysia ditemui di sini, baru-baru ini.
Katanya, jualan barangan emas permata agak murah sedikit kerana mengggunakan kandungan emas yang lebih sedikit, tetapi ia menjadi kegemaran di kalangan peraih emas kerana laris dijual.
Sementara itu, pemilik bengkel emas, Mohd. Zahari Awang, 42, memberitahu, pasaran barang kemas tempatan terus berkembang di sebalik peningkatan harganya hampir setiap hari.
Katanya, ini berdasarkan tempahan membuat pelbagai barang kemas daripada hampir 20 buah kedai emas termasuk dari luar Kelantan menjelang musim perayaan ini.

Menurutnya, tempahan itu mengikut kehendak pelanggan dan kebiasaannya cincin dan subang dengan berat satu rial berat, manakala rantai jenis ‘pahat telur’ dengan berat sehingga 21 rial.
Mohd. Zahari yang mempunyai bakat semula jadi dalam mereka bentuk barang kemas memberitahu, kebiasaannya emas tempatan membabitkan berat lebih 100 rial adalah untuk dijadikan simpanan oleh pembeli.
Pekerja mahir dalam pembuatan gelang dan rantai tangan, Zulkifli Zakaria, 46, pula memberitahu, tempahan barang kemas dibuat mengikut waktu dipersetujui oleh pelanggan.
“Kebanyakan warga emas menggemari bentuk tradisi berbanding golongan muda memilih bentuk terbaharu termasuk tulisan perkataan jawi dan rumi,” katanya.

Bagi penggemar emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan, kerana jika keadaan terdesak barang kemas tersebut boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.
Bagi Wan Aishah Wan Ahmad, 71, minatnya terhadap barang kemas bermula seawal usia remaja kerana keluarganya tergolong di kalangan peniaga emas yang menjalankan perniagaan emas dengan peniaga dari Thailand melalui sistem bata.
Bermula dari situ, katanya, dia mula berminat dengan barang kemas sehingga akhirnya berkecimpung dalam perniagaan tersebut pada usia 30-an di Mekah.
“Bila lihat emas cantik, saya beli selepas itu jual balik untuk beli tanah. Pelaburan seperti itu lebih baik. Kita tidak pakai emas sepanjang masa, hanya masa musim perayaan atau pergi kenduri-kendara,” katanya.
Seorang peniaga makanan ringan, Salma Yunus, 58, pula memberitahu, dia sudah berpuluh tahun sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat semata-mata untuk membeli emas.

“Sampai satu masa, saya beli emas untuk disimpan dan kemudian dijual bagi dijadikan modal oleh anak-anak memulakan perniagaan,” katanya yang mempunyai 10 orang anak berusia berusia antara 19 dan 40 tahun.
Jelas Salma, membeli emas sebenarnya satu pelaburan jangka panjang terutama pada saat mengalami masalah kewangan.
“Dulu emas kita beli untuk melawa, tetapi sekarang sudah tua dan keadaan sekarang juga bahaya jika terlalu menonjol memakainya di tempat awam,” katanya.

Selasa, 9 Ogos 2011

Masa Beralih kepada Emas Tiba

Krisis ekonomi global dorong pelabur pilih emas

ISU ketidakseimbangan global sering di kaitkan dengan kedudukan defisit akaun semasa Amerika Syarikat (AS) serta pelarasan yang seharusnya berlaku terhadap kadar tukaran wang asing global khususnya bagi negara Asia.  

Kebimbangan ini berdasarkan risiko terhadap aliran modal masuk yang selama ini menjadi tonggak kepada imbangan pembayaran AS.
Jika berlaku pengeluaran aliran modal secara besar-besaran, maka ia akan memberi kemudaratan kepada ekonomi AS, sekali gus kepada ekonomi dunia.
Terdapat kajian akademik yang mencadangkan supaya pelarasan ini perlu berlaku melalui penyusutan nilai mata wang asing AS, diikuti peningkatan nilai mata wang negara lain khususnya Asia.

Ia berdasarkan fakta bahawa kebanyakan negara Asia mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi berikutan nilai eksportnya yang sentiasa melebihi import.

Justeru, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mata wang Asia khususnya China supaya nilainya dinaikkan ke paras lebih sesuai.

Padahal, kebanyakan negara barat seperti AS, Greece dan Portugal mempunyai pegangan emas yang tinggi, sekali gus menandakan nilai sokongan terhadap mata wang ini adalah kukuh memandangkan ia bersandarkan kepada satu nilai yang tinggi.

Perangkaan terbaru di keluarkan World Gold Council (WGC) menunjukkan peratusan pegangan emas terhadap rizab antarabangsa bagi negara seperti Portugal, Greece dan AS masing-masing adalah 81.0 peratus, 79.3 peratus dan 74.6 peratus pada suku pertama 2011.

Situasi ini amat berbeza jika di bandingkan dengan negara Asia yang mana pegangan emasnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 0.0 peratus hingga 8.4 peratus.

Persoalannya, adakah ketidakseimbangan global hanya perlu di selesaikan melalui pelarasan dalam kadar tukaran asing semata-mata?

Perlukah bank pusat Asia mula meningkatkan pegangan emasnya bagi memastikan mata wang masing-masing sentiasa di sokong oleh satu nilai yang kukuh?
Bagi persoalan pertama, sudah tentu pelarasan mata wang bukan jalan penyelesaian mutlak. Perubahan struktur ekonomi di AS juga perlu berlaku seperti peningkatan kadar tabungan serta nilai eksport bagi memperbaiki ketidakseimbangan global ini.

Pastinya, proses itu akan mengambil masa panjang memandangkan saiz perbelanjaan swasta AS yang besar, iaitu sekitar 70 peratus sejak 1929.

Bagi persoalan kedua pula, usaha untuk meningkatkan pegangan emas oleh bank pusat di Asia perlu di lihat sebagai langkah bijak berikutan pelaburan dalam sekuriti hutang seperti bil perbendaharaan AS tidak stabil.

Perkara itu penting kerana setiap wang yang diterbitkan bank pusat adalah liabiliti yang di sandarkan kepada nilai asetnya.

Jika aset itu tidak mempunyai nilai stabil, maka sokongan atau sandaran wang yang di keluarkan juga adalah lemah.
Umum mengetahui, harga emas mencatatkan nilai tertinggi pada paras AS$1,600 seauns baru-baru ini.

Terdapat beberapa faktor penyumbang terhadap kenaikan harga emas seperti inflasi yang tinggi serta ketidakpastian ekonomi global seperti krisis hutang negara Eropah yang mampu menggugat pertumbuhan ekonomi dunia.

Faktor seperti permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam penentuan harga emas.

Pada 2010, permintaan emas mencatatkan pertumbuhan 9.8 peratus berbanding pertumbuhan penawaran emas iaitu 1.8 peratus.
Kebanyakan permintaan emas ini adalah bagi tujuan barang kemas yang mewakili 51 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan.

Selebihnya, adalah untuk pelaburan iaitu 37 peratus dan penggunaan industri dan pergigian yang mewakili 12 peratus daripada keseluruhan permintaan.

Justeru, prospek bagi harga emas adalah baik memandangkan permintaannya yang tinggi serta kedudukannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakpastian dalam suasana pelaburan dunia.
Berdasarkan ini, dolar AS masih di anggap mempunyai nilai sandaran yang baik memandangkan pegangan emas bank pusat adalah tinggi.

Justeru, andaian bahawa penurunan nilai dolar AS seperti yang di sarankan oleh pihak tertentu, mungkin tidak akan berlaku secara mendadak.

Di samping itu, bank pusat Asia mungkin perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan pegangan emas memandangkan ketidaktentuan pasaran serta kitaran perniagaan yang semakin pendek akan menjejaskan nilai pegangan sekuriti hutang kerajaan negara maju.
Penulis ialah Penganalisis Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd 

sumber: Berita Harian 

Kesimpulan
Apabila kenaikan inflasi dan kegawatan ekonomi berlaku atau kejatuhan nilai sesuatu matawang, maka ekonomi sesebuah negara akan jadi lemah. Samalah seperti kita, jika ekonomi jatu, kadar inflasi meningkat, harga barangan juga meningkat. Wang simpanan masih lagi nilai yang sama. Maka berlakulah kegawatan ekonomi. Ini menyebabkan kuasa membeli kita menjadi lemah kerana mata wang yang digunakan mempunyai nilai yang lemah. Tetapi jika mata wang itu disandarkan kepada emas. Maka kekuatan nilai itu masih lagi sama dan malah boleh menjadi lebih kukuh.   

Isnin, 25 Julai 2011

Melaburlah diusia muda ni!

Pelaburan usia muda


PENGURUSAN wang yang cekap dalam usia muda mampu memberi kesan kepada kelangsungan hidup yang selesa pada masa depan. Hakikatnya, bukan semua golongan muda di negara ini mempunyai strategi menguruskan kewangan mereka untuk jangka masa panjang, antaranya menyertai skim pelaburan yang boleh memberi pulangan secara makro.
Apabila menyentuh mengenai penyertaan dalam skim pelaburan yang banyak ditawarkan hari ini, bukan mudah bagi golongan muda menyertainya kerana faktor tidak memahami konsep pelaburan ditawarkan skim itu.
Menyedari pelaburan dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Timbalan Presiden Ketua Penyelidikan Peruncitan dan Ekuiti Affin Invest.

APAKAH kelebihan bagi mereka yang menyertai skim pelaburan pada usia muda?
Bagi pelabur muda yang menyertai mana-mana skim pelaburan mereka boleh mendapat faedah atau keuntungan daripada aset agresif yang memerlukan satu tempoh atau jangka masa panjang untuk mendapat manfaat daripadanya. Ini kerana golongan muda mungkin mempunyai jangka masa panjang seperti dalam tempoh lima tahun atau lebih bagi menyertai skim pelaburan berbanding golongan yang lewat menyertainya.


Pada umur berapa yang sesuai bagi orang ramai menyertai skim pelaburan.

Sebenarnya untuk menyertai skim pelaburan tidak terdapat had umur yang disyaratkan tetapi sekurang-kurangnya mempunyai modal permulaan RM50,000. Selalunya bagi mereka yang mempunyai simpanan sebanyak itu adalah dalam lingkungan 30 tahun ke atas dan mungkin ada juga di antara berumur 28 tahun ke 30 tahun.


Terdapat pelbagai skim pelaburan yang ditawarkan di negara ini sama ada oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau bank tempatan dan institusi kewangan lain dan bagaimanakah cara terbaik untuk golongan muda memilih skim pelaburan sesuai?

Ia bergantung kepada kecenderungan mereka untuk mendapatkan keuntungan dalam satu tempoh yang diingini pelabur itu sendiri. Pada pandangan saya, mereka boleh menyertai pelaburan dalam saham yang berbentuk agresif seperti saham luar negara, teknologi dan komoditi walaupun ia mengambil masa lama untuk mendapat pulangan keuntungan. Namun, pelaburan dalam saham seperti ini ia memberi pulangan besar untuk pelabur itu sendiri.


Bagaimana prestasi penyertaan golongan muda dalam skim pelaburan di negara ini?

Kini, terdapat juga segelintir daripada golongan berkenaan yang mula berminat untuk menyertai pelaburan, namun ia tidak begitu besar iaitu dalam lingkungan lima peratus (kajian yang dilakukan Affin Investment Bank) dalam segmen pelaburan runcit kerana mereka lebih gemar membeli saham secara terus bukan melalui unit amanah.


Apakah langkah awal yang perlu dilakukan golongan muda sekiranya mereka berminat untuk menyertainya?

Mereka seharusnya mempunyai pendidikan atau pengetahuan tinggi apabila menyertai sesuatu pelaburan itu kerana pelaburan ini membabitkan risiko sama ada secara positif atau sebaliknya. Mendapatkan nasihat daripada pakar pelaburan adalah jalan terbaik pada awal penyertaan dalam pelaburan dan khidmat oleh mereka diberikan secara percuma. Selain itu, pelabur juga digalak menyertai seminar berkaitan pelaburan kerana di sini kami akan memberi nasihat dan cara terbaik bagi pelabur mendapatkan pulangan tinggi dan mengurangkan risiko sesuatu pelaburan itu.
Sumber: mymetro

Kesimpulan:
Pelaburan diusia muda penting bagi menjamin masa depan yang cerah dan tanpa bergantung kepada orang lain. Seperti kata orang tua-tua, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Oleh itu pelaburan yang selamat dan berkesan perlulah bijak untuk kita pilih. Kesilapan memilih boleh menyebabkan hidup di masa depan merana kerana usia yang dikurniakan ilahi tidak dapat diundur kembali.

Khamis, 16 Jun 2011

Emas Kalis Inlasi

 Cara Bendung Kenaikan Inflasi
RAKYAT negara ini boleh membantu kerajaan membendung kenaikan kadar inflasi dengan meningkatkan kecekapan dalam penggunaan tenaga dan mengamalkan perbelanjaan berhemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata, inflasi Malaysia akan menerima kesan sekiranya negara mempunyai harga komoditi tinggi yang akan menjurus kepada harga makanan tinggi.
“Ia sesuatu yang kita boleh tangani. Rakyat harus belajar untuk berjimat dan menjadi lebih cekap dalam penggunaan tenaga, dalam memandu kereta dan berkongsi kereta.
“Semua ini kita boleh lakukan untuk mengurus alam sekitar, membendung kenaikan harga bahan api dan tekanan inflasi,” katanya kepada media selepas majlis Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau menjawab demikian apabila ditanya sama ada inflasi Malaysia akan menerima kesan sama seperti Singapura.
Laporan sebelum ini menyebut kadar inflasi Singapura dijangka mencecah 4.4 peratus bagi suku kedua tahun ini.
Inflasi republik itu meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 25 bulan pada Januari lalu.
Data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan negara itu menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) meningkat sebanyak 5.5 peratus. Ia adalah kenaikan harga tahun-ke-tahun tertinggi sejak Disember 2008.
Mengenai sama ada kadar inflasi Malaysia akan disemak semula, Zeti berkata: “Tidak buat masa ini”.
Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 24 bulan pada 3.2 peratus tahun-ke-tahun, pada April selepas kenaikan tiga peratus pada Mac.
Sementara itu penerima utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas tahun ini ialah Arman Shukri Hamidon, Arjunan a/l Selvamani dan Tan Heang-Lee.
Arman, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur itu bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat, manakala Arjun pula berminat mendalami ilmu perubatan.
Heang-Lee yang menduduki Program Ijazah Asas Amerika di Taylor’s College pula berminat melanjutkan pengajian dalam bidang nutrisi dan dietetics.
Ketiga-tiga mereka mendapat 10 A+ dalam SPM 2010.
Anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010 itu memberi kebebasan kepada penerima meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing di mana-mana universiti utama dunia.
Bank Negara tidak mengenakan sebarang syarat kepada penerima dan mereka hanya dikehendaki pulang semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara.
Terkini seramai 31 penuntut menerima Biasiswa Kijang Emas.-

Ahad, 29 Mei 2011

Promosi Emas Sempena Cuti Sekolah

PROMOSI SEMPENA CUTI SEKOLAH
Sehingga 12 Jun 2011 Sahaja





A) Goldbar BC Amanah - 10g dan 5 g dengan harga yang murah iaitu
  i) BC Gold Amanah 10g =RM1,668.00 x 10 pc
 ii) BC Gold Amanah 5g = RM 834.00 x17pc

 Kelebihan:
- Kualiti emas 999.9 (24k)
- Termurah di pasaran
- Ada dalam bentuk 5g dan 10g
-Spread harga 4% sahaja 
- boleh dipajak seperti emas public gold





B) Dinar dan Goldbar Public Gold:

i) 1 Dinar = RM690 x 22pc
ii) Public Gold 20g = RM 3,300 x17pc


Rantai tangan GCP




C) Rantai Tangan GCP

 Rantai tangan 10g, 20, 30g, 40g = Hanya RM 165/g sahaja

Untuk pertanyaan dan pembelian
Call : 012-9562006 (aswadi)

Isnin, 9 Mei 2011

Beralihlah Kepada Emas

8 Sebab Mengapa Kita Perlu Beralih Kepada Emas

Sumber: Saudagaremas
 
EMAS WANG KERTAS
·  Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar.  Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00.  (1 Dinar = 4.25gm).  ·  Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.
·   BERNILAI kerana ia mempunyai nilai tersendiri. ·  DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.
·  Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau. ·  Laku pada waktu aman sahaja.  Contoh depan mata ialah Iraq, dimana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut  terus tiada nilai.
·  Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi kita tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai. ·  Kalau kita menabung bentuk duit, nescaya kita perlu tambah lagi wang kita walaupun kita nak pergi seorang saja.
·  Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini. ·  Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00.  Jangan malukan diri kita lagi.
·   Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. ·   Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas. 
·  Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com  ·  Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak nampak..yang kita nampak kertas kita makin banyak.
·  Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga. ·  Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja!  Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..

Khamis, 5 Mei 2011

Emas ni palsu atau tulen?

20 Perkara Anda Perlu Berhati-hati


                    Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Didalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas. 

                   Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas. 

Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu
Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.

Cop cina atau Cop nombor
Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.

Bayaran menggunakan cek
Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft.

Spring pada gelang, subang dan rantai emas
Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan.

Penukaran emas semasa tebus pajak
Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini.

Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan
Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.

Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian
Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya.

Bukan emas yang disalut tebal
Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.

Batu pada item emas
Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya.

Jongkong platinum yang tidak original
Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana disana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum

Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga
Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.

Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas.
Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’

Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini.
Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi
Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain.

Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama.
Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.

Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.
Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.

Membeli emas yang tidak mempunyai surat emas / pengesahan pemilik
membeli emas dengan individu dibawah umur atau meragukan
cop gold plated
jual beli emas pada waktu malam/lewat pagi
membeli emas dengan tergesa-gesa walaupun ditawarkan pada harga yang rendah

Sumber: Hargaemas

Jumaat, 29 April 2011

Satu Lagi Tempat Pajak Gadai Islam

RHB Islamic sasar RM20 juta

KOTA BHARU 28 April - RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas.
Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.
"Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.
"Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

"Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun," katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.
Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.
Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.

 Sumber: Utusanonline

Selasa, 26 April 2011

Emas: Pelaburan Selamat

Selamat labur dalam emas

Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MOHD ZARUDDIN...nilai emas sentiasa naik
MOHD ZARUDDIN...nilai emas sentiasa naik
MASYARAKAT tempatan terutama golongan wanita yang gemar menggunakan perhiasan berasaskan emas digalakkan supaya menjadikan hobi itu sebagai pelaburan utama memandangkan nilai bahan itu melonjak tinggi hampir setiap tahun.
Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, naik turun nilai emas tidak terlalu terpengaruh jika berlaku inflasi dan hal itu menjadi faktor utama mendorong masyarakat untuk membeli emas dan membuat pelaburan.

“Melabur dalam aset ini adalah satu pelaburan yang selamat dan tidak akan terjejas walaupun situasi dunia sekarang yang sedang bergolak dan menghadapi masalah ketidaktentuan dalam kestabilan ekonomi,” katanya.
“Pelaburan emas yang menguntungkan ini adalah pelaburan jangka panjang. Jika beli emas sekarang, selepas lima hingga 10 tahun nilai emas akan naik,” katanya.
Menurutnya, skim Ar- Rahnu yang diperkenalkan kepada orang ramai dilihat sebagai satu sistem cagaran yang baik selain bertujuan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat cara pemajakan gadai secara berhemah.
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggung apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan mengenai barang gadaian yang terpaksa dijual dan jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan.
Habib Jewels yang turut memiliki kedai pajak Ar-Rahnu di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memberi alternatif dan pulangan yang lebih tinggi kerana upah simpan yang dikenakan tidak melebihi 10 peratus dan menawarkan pinjaman tanpa faedah.

“Selalunya, kita akan bayar kadar faedah yang tinggi iaitu dua peratus sebulan untuk kedai konvensional pajak gadai sebanyak dua peratus, tetapi sekarang orang ramai dapat membayar upah simpan dengan kadar yang lebih rendah” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Emas di Malaysia’ pada Bengkel Korporat Muslimah, di Bangunan Felda, semalam. Bengkel yang bertemakan ‘Kilauan Firdausi’ masuk tahun kedua hasil kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Felda Holdings Berhad (Felda) itu turut memperkenalkan zakat emas kepada golongan sasaran pembayar zakat wanita yang bekerja di Felda Holdings

sumber: Mymetro

Rabu, 20 April 2011

Apa Punca Kedai Emas Lengang ni?

Kedai emas semakin lengang


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

sumber: Kosmo online

Isnin, 11 April 2011

Pergolakan - Meningkatkan Harga Emas

Pergolakan dunia semasa

PELBAGAI perkembangan berlaku seminggu dua ini dan penting untuk kita mengambil tahu. Pasaran saham New York dan London naik walaupun Libya, Syria dan Yemen bergelut dengan demonstrasi inginkan perubahan kepimpinan.
Libya sudah dikenakan zon larangan terbang dan pengeluar minyak ketujuh terbesar di dunia itu tidak akan dapat membekalkan dunia dengan dua peratus yang dibekalkannya selama hari ini.
NATO memimpin serangan ke atas tentera Gadaffi, walaupun kadangkala mereka tersalah sasaran dan pejuang anti-kerajaan menerima padahnya. Pada waktu yang sama, minyak juga naik ke paras AS$108 setong di pasaran New York, paras tertinggi sejak dua tahun lepas. 

Kenaikan minyak dan emas mencecah paras AS$1,451 seauns di pasaran New York. Sekali imbas dilihat bahawa kekacauan di Timur Tengah tidak mendatangkan kesan buruk kepada pasaran saham dunia. Walaupun Obama berhadapan dengan kemungkinan ditutup perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat angkara tiada persetujuan dengan speaker yang terdiri daripada Republican tentang pemotongan AS$33 bilion daripada belanjawan negara tersebut, keadaan ekonomi di negara tersebut menunjukkan tanda-tanda pemulihan terutama sekali dari segi pengurangan pengangguran.
Laporan pendapatan syarikat juga menunjukkan rata-rata pemulihan korporat. Di rantau sebelah kita, berita terbaru ialah kemungkinan besar kerajaan Australia menolak pembelian Bursa Saham Australia oleh Bursa Saham Singapura. Penggabungan itu sekiranya berlaku akan mewujudkan bursa saham kedua terbesar di rantau Pasifik.
Sedikit sebanyak ini akan memberi kesan kepada bursa saham kita. Sudah sampailah masanya bursa saham kita berbuat sesuatu supaya kita dapat terus berdaya saing di rantau ini. Ini berlatarbelakangkan kemajuan dari semasa ke semasa bursa-bursa lain seperti Thailand dan Indonesia yang semakin hari semakin mengorak langkah yang jauh daripada kita. 

Ura-ura menyenaraikan saham-saham daripada bursa-bursa di rantau ASEAN ini perlu dipercepatkan kerana entiti demikian hanya satu saja yang boleh wujud dan kalau ditubuhkan oleh orang lain, kita akan melepas lagi.
Tumpuan kepada pelabur runcit wajar dipertingkatkan kerana tiada siapa yang tahu kuasa pelabur runcit yang sebenarnya. Kalau kita memperkatakan tentang pelabur institusi, balik-balik kita bercakap tentang institusi-institusi yang sama sahaja seperti KWSP dan PNB. Kalau hendak dikirakan dari segi mutu syarikat yang tersenarai berbanding dengan bursa lain di rantau ini, kita memiliki lebih banyak syarikat yang bermutu tinggi daripada bursa-bursa lain, tetapi kenapa jumlah dagangan dan nilai dagangan orang lain lebih tinggi daripada kita.
Ini bererti faktor-faktor sokongan seperti kemudahan pembiayaan kewangan dan lain-lain faktor yang berkaitan dengan susah/senangnya melakukan urusan dagangan perlu dilihat dan dikaji. Pasaran adalah ibarat burung di dalam genggaman, kalau terlalu ketat burung akan mati, terlalu longgar burung akan terbang. Seorang broker yang telah berkecimpung dalam pasaran saham selama 20 tahun dan telah bersara mengatakan walaupun kita telah mencecah paras 1,500 mata di FBMKLCI tetapi dalam ‘real terms’ (kenaikan sebenar), kita belum mencapai paras 1990-an dahulu.
Kita perlu menaikkan minat pelabur runcit kita dan kembali kepada kedudukan pertama di rantau ASEAN seperti sebelum krisis 1998 dan dengan adanya kemajuan teknologi hari ini, kita tidak memerlukan banyak cawangan untuk syarikat broker kita. Kita hanya perlukan ‘kemudahan dalam urusan melalui teknologi’.
Dua perkara penting yang wajar kita beri perhatian ialah kedudukan mata wang kita dan nilai emas dari semasa ke semasa. Mata wang kita telah menunjukkan kenaikan sejak Januari 2011, berbanding dengan Dolar Amerika yang menunjukkan kenaikan daripada AS$1 sebanyak RM3.0640 pada 3 Januari 2011 kepada RM3.0255 untuk AS$1 pada 5 April 2011.

Bagi mata wang pound, mata wang kita jatuh daripada RM4.762 untuk satu pound pada 3 Januari 2011 kepada RM4.9466 untuk satu pound pada 5 April 2011 dan untuk Dolar Singapura pula kita juga jatuh daripada RM2.3839 untuk satu Dolar Singapura kepada RM2.4006 bagi satu Dolar Singapura untuk masa yang sama. Apa yang boleh kita rumuskan daripada angka-angka ini ialah kenaikan Ringgit dengan Dolar Amerika dan bukan lain-lain tempat. Ini disebabkan ekonomi Amerika sudah sampai ke tahap yang teruk dan baru hendak kembali pulih.
Bagi emas pula harga penutup pada 5 April 2011 ialah AS$1451.80 seauns dan setahun dulu ialah AS$1132.90 seauns, kenaikan sebanyak 28.15 peratus. Bagi kebanyakan orang ramai, mungkin harga ini terlalu tinggi tetapi di sinilah bursa saham kita perlu melihat ETF untuk emas diperdagangkan. ETF ialah Exchange Traded Fund atau Dana Dagangan Bursa seperti yang digunakan dengan saham indeks atau saham-saham pilihan. Dengan dagangan ETF ini, seseorang pelabur itu tidak perlu mengeluarkan harga satu auns tetapi satu par sepuluh daripada harga semasa.

Walau bagaimanapun jika pelabur ingin menyimpan emas secara nyata, bursa mestilah bersedia memberikannya. Pada masa ini, sesiapa yang berminat melabur dalam emas (bukan barangan kemas), ada bank-bank perdagangan yang jual beli emas dengan menggunakan buku simpanan.
Jadi, bagi mereka yang ada lebihan wang untuk dilaburkan, fikir-fikirkanlah yang mana satu wajar diberikan tumpuan. Satu lagi malapetaka yang melanda ekonomi ketiga terbesar dunia ialah tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 pada 11 Mac 2011 di Jepun dan kesan buruk selepas itu. Kesan utama yang banyak diperkatakan hari ini ialah loji nuklear yang bahan radioaktifnya telah dibuang ke Lautan Pasifik.
Pelbagai angka radiasi diberikan sehingga tujuh juta kali ganda paras selamat pernah dinyatakan. Apa yang berlaku di loji nuklear Jepun ini memberi pelbagai implikasi kepada negara-negara yang ingin mendirikan loji nuklear. Malahan ramai yang sudah memberhentikan operasi loji mereka, menunggu apa yang bakal berlaku di Fukushima tersebut dan bagi mereka yang bakal mendirikan loji nuklear, mengkaji semula keinginan tersebut.

sumber: utusanonline

Isnin, 28 Mac 2011

Emas 999.9 @ 24 Karat

Sandarkan pada 999.9

MEMANG mereka bukan Tuhan. Tapi mereka punya fakta kukuh pengandal hujahan. Bukan saya kemukakan cadangan tanpa mengkaji kesahihan pendapat pakar-pakar ekonomi dunia yang meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang bakal meranapkan tugu ekonomi kapitalis, selama ini mendominan.
Tegar benar dia mempersenda usul saya agar membayar separuh daripada gaji tenaga kerja syarikat dengan dinar dan dirham. Mengganda penyimpan nilai aset syarikat selain dalam saham hartanah kepada bentuk emas tulen logam terindah ciptaan Allah.
Melihat dia masih lagi sangsi, saya tampilkan pentaukid bukti dengan mengutip bicara bapa ekonomi Islam. Ibn Khaldun menegaskan, jika tidak guna emas sebagai mata wang, ia mengundang krisis kewangan. Amaran itu sudah ternyata sahih apabila dunia menyaksikan tercetusnya krisis kewangan 14 tahun lalu secara berepisod. Malah kali ini dijangka lebih teruk.
Masakan dia tak faham, apabila ekonomi kapitalis menjunam, semua orang tidak lagi boleh membuat sebarang transaksi apatah lagi mengambil wang dalam mana-mana institusi perbankan? Hairan yang bukan kepalang melontar asak tanya saya ke kantung e-melnya.
Bukankah pernah kita berbincang selepas pulang dari menghadiri ceramah Matthias Chiang?
Kau terpegun apabila bekas penasihat politik Tun M itu jujur dalam wacananya biarpun kedengaran sangat gerun. Buku Future Fastfoward tulisan penganut Kristian Katolik yang anti Zionis itu sama-sama kita kupas sambil menikmati sepiring sukun.
Tidak cukupkah lagi bukti-bukti himpunan Chiang berupa kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, profesor di Havard dan Oxford, tulang belakang IMF, Bank Dunia dan para sifu Zionis yang mahir memanipulasi segala sumber kekayaan yang menyatakan sistem ekonomi kapitalis akan berantakan?
Bukankah kau sedia maklum tentang keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930-an? Lupakah juga kau bahawa dunia ini sekadar pinjam-pinjaman dan segalanya berkemungkinan? Sayang sekali hal sedemikian tidak dibahaskan dalam perhimpunan parti tahunan meski ia kian hampir menjadi kenyataan. Lima tahun bukanlah tempoh yang panjang, kawan!
Persoalan demi persoalan yang tidak dapat saya ajukan secara berhadapan, semuanya saya hantar ke mel elektroniknya. Sementara jiwa saya bertambah yakin apabila kakak yang pernah mewawancara Prof. Umar Vadillo ketika dia datang bertemu Tun M di Hotel Prince, teguh menyokong usaha saya ini.
Kakak berkongsi ilmu hasil menemubual pengkaji sistem kapitalis terkenal itu yang menerangkan secara rinci tentang sistem ini memang di ambang kehancuran. Sebab itulah ramai bijak pandai sekarang mulai beli duit emas keluaran syarikatnya yang beribu pejabat di Dubai dan bercawangan di Labuan.
kemusnahan
Ujarnya tanpa sembunyi, warga Malaysia paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah dua orang Tun. Maknanya kedua-dua Tun ini sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi kemusnahan sistem ciptaan Yahudi ini.
Bagaimana lagi harus dia, saya yakinkan? Sesekali datang perasaan mahu sahaja membiarkan lelaki lewat 30-an yang memang sinonim dengan kedegilan itu meniru aksi Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tidak tergamak pula rasanya untuk membiarkan kawan baik sendiri hanyut tanpa pertolongan.
Mungkinkah kerana perkenalan dengan rakan laman sosialnya yang dikatakan sanggup terbang dari Manhattan dan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan anak syarikat Wangsajati itu punca utama rakan kongsi saya tiba-tiba bertingkah fikrah, memacu hala tuju sendiri?
Usai mesyuarat tadi, tidak saya sangka sama-sekali dia bangun dengan suara keras lalu menyanggah berapi-api cadangan saya agar membeli dan menyimpan aset emas dalam bentuk jongkong dan dinar buat bekalan menghadapi wabak krisis ekonomi yang bakal menular.
Barangkali, perancang strategi pelaburan syarikat Wangsajati itu perlu membaca sebuah lagi buku karangan Profesor Kamil Shufaad Bakri dari Fakulti Ekonomi di Taman Ilmu dan Budi. Zarah-zarah intelektual saya mula berdiskusi, mengusulkan cadangan berisi.
Susunan harta intelektual bangsa yang saya atur rapi menghiasi almari kamar bacaan, satu demi satu diamati. Akhirnya saya temui sejilid catatan sendiri ketika mendengar kuliah Prof. Shufaad Norani. Sayang sekali judul bukunya dirosakkan oleh tumpahan air pada dakwat basah atas kertas itu. Indera, minda dan jiwa pantas membaca ringkasan saya tulis baris demi baris.
Wang kertas atau dipanggil juga wang elektronik dalam bentuk angka itu sebenarnya tidak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang disimpan di bawah bantal atau dalam tabung di rumah pula, saban tahun akan menyusut dan mengecut nilainya dengan teruk. RM1,000 hari ini tidak boleh membeli barang yang sama pada masa depan.
Peluh dingin mulai merenik dan perlahan-lahan berkumpul menuruni alur dahi terutama apakala saya tekun membaca penerangan ilmuan itu seputar kreasi wang (money creation) oleh pihak bank. Masalahnya, cerita fasal ini tidak disiarkan dalam akhbar arus perdana negara.
kebenaran
Betapa kesal saya memikirkan akhbar utama hanya memetik bulat-bulat laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang jauh menyimpang dari kebenaran. Apa salahnya jika sesekali kutiplah juga isi-isi dari dalam akhbar sekutu Zionis seperti Herald, Weekly Commentator atau Jerusalem Post. Bukan payah pun untuk akses versi maya. Inilah akhbar yang menemani sarapan pagi sifu-sifu Zionis.
Saya bertekad mahu mempertahankan pendirian saya di hadapan semua pemegang saham utama syarikat. Gigih saya menyelidik melalui Internet tentang kecairan wang. Kemudian saya kaji dengan mendalam hakikat kekayaan sebenar dalam Islam.
Jantung saya bagaikan disambar petir apakala minda mentafsir informasi menzahir. Ia sama seperti sejak dari alam kuliah lagi sudah pun saya fikir. Tanah. Moleknya berlokasi di tepi sungai atau yang berhampiran dengan sumber air mengalir. Emas dan perak. Sekali lagi dengupan jantung mengeraskan rentak.
Az-zahab wal fiddah inilah yang sedang dikumpul oleh juak-juak Zionis. AS dan Eropah dijadikan lokasi penyimpan rezab emas terbesar. Berkehendakkan emas, mereka tukar kepada negara lain dengan duit kertas. Puak-puak Zionis inilah juga pemilik bank-bank utama dunia yang rancak mengatur dan memanipulasi kewangan dunia tanpa puas.
Mustahil Mukallaf lupa akan sejarah dan asal-usul institusi perbankan? Amat tidak logik kalau dia tidak tahu yang kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tidak akan bernilai di kemudian hari. Bukankah berlambak-lambak dalam laman sesawang bercerita tentang "kematian wang"?
Tidakkah sarjana ekonomi itu baca apa yang saya baca, sedangkan selama ini pemikiran kami serupa?
tercemar
Tanah, emas, minyak dan air bersih. Saya pahat empat khazanah Allah yang bernilai ini dalam benak. Sebak dada saya membayangkan air akan tercemar dengan teruk di masa depan. Sekarang pun sumber utama air iaitu sungai banyak yang tercemar. Kita sewenang-wenangnya mengabaikan kebersihan walhal ia warisan yang kita pinjam daripada generasi akan datang.
Saya masih belum berpuas hati dengan segala bahan yang saya kumpulkan sebagai isi presentasi esok. Saya teruskan pembacaan di talian maya.
BBC melaporkan pada tahun 2001, air Sea of Galilee (sebenarnya ia sebuah tasik) di Palestin sedang surut dan belum menampakkan petanda akan pasang semula. Saintis membuat perkiraan dalam tempoh 50 tahun lagi tasik itu akan kontang, tiada setitis pun bersisa. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pula.
Menurut pendapat penganalisis kemelut dunia, era dahaga menjarah separuh kedua abad ini lantaran tiada air dan alam maya bakal bergelap-gelita kerana tiada minyak untuk menjana kuasa elektrik setelah habis sumbernya.
Serta-merta saya teringat pada seminar nuklear yang saya hadiri setahun yang sudah. Seorang pakar dari Jepun mengatakan minyak dalam bumi hanya bertahan selama 30 tahun sahaja hayatnya.
Saya bertanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Apa tindakan kita sebab negara tak ada polisi tenaga nuklear?"
Selamba jawabnya, "Tiada komen. Awak tanya sendiri kepada menteri."
Saya hubungi pejabat menteri berkenaan tapi rezeki tidak menyebelahi, dia keluar negara atas urusan peribadi menguruskan pendidikan anak. Ketika itu saya sedang menulis artikel mengenai polisi tenaga nuklear negara sebagai persediaan menghadapi kepupusan minyak.
Kakak juga memaklumkan dia pernah wawancara seorang jutawan emas, Datuk Syukor Hashim yang mengakui dia tidak menyimpan wang kertas (fiat money) dalam bank, tapi simpan duit emas.
Ujar Datuk Syukor, "fiat, perkataan Latin bermaksud 'just to it.' Kublai Khan diisytihar oleh pengkaji matawang sebagai pencipta wang fiat pertama dunia. Ia pupus sedangkan dinar dan dirham musuh wang kertas. Syiling emas seberat 4.25 gram pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan sekarang dengan nilai 1 dinar bersamaan RM654 pada 1 Mac 2011 juga boleh membayar seekor kambing. Kini setelah 1400 tahun berlalu, harga seekor ayam sekitar 1 dirham (wang perak seberat 2.975 gram) bersamaan RM20.00."
Minda saya teringatkan sesuatu. Tentang tiga buah buku yang berkaitan wang kertas dan hubungkaitnya dengan riba (faedah bank) yang dihadiahkan oleh Datuk berkenaan. Oleh kerana hobi menulis memujuk saya menjadi ulat buku, sengaja kakak minta saya simpan buku-bukunya itu.
Helaian demi helaian buku koleksi pakar penganalisis kewangan itu terus saya hadam tanpa toleh kiri kanan meskipun perut mulai memberi isyarat meminta hak. Saya kira mashlahah ummah dan negara lebih mustahak.
Kalbu saya tak lekang berdoa agar Mukallaf dan para pemegang saham utama syarikat Wangsajati perasan akan peranan riba, duit kertas dan duit elektronik sendirilah punca penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis yang bakal menjelma sedikit masa nanti.
Sengaja saya memilih judul senjata makan tuan ini untuk digarisbawahkan. Ia bukti jelas krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros pada zaman saya dan Mukallaf selesai mencapai status graduan.
"Ish, masakan semua kandungan bahan bacaan yang aku pinjamkan, telah Mukallaf luputkan dari ingatan?" Komen saya sendirian. Secalit kecewa memalit rasa memikirkan Zedrin Mukallaf sengaja memalapkan obor jiwa sufi fikrah haraki yang bertahun-tahun saya nyalakan dalam kalbu dan mindanya. Mengapa tidak gen ayahnya yang lahir di bumi yang sama dengan Yusuf al-Qaradawi mendominasi peribadi, mengalahkan asuhan ibunya yang taksub dengan gaya keluarga korporat berlatarkan pendidikan sekular negara kiwi?
Rakan kongsi berdarah kacukan Arab-Melayu itu acapkali saya mesrakan dengan kitab-kitab ulama silam. Kekaguman saya kian membara apabila dia mula menyukai fikrah Syed Qutub dan Hassan Al-Banna.
Nama pemberian bonda, kata Mukallaf, sangat sinonim dengan personaliti saya yang baginya memancarkan semangat, sumber tenaga dan sinar cahaya pencerahan jiwa.
Ucapan bombastik itu saya terima daripada Mukallaf sewaktu meraikan kejayaan saya memperolehi tender menyiapkan medan simulasi di Kementerian Pertahanan bagi mempersiapkan perwira negara ke medan peperangan dunia.
Setelah jeda seketika dibuai kenangan silam, selepas hak badan usai saya tunaikan, kewajipan kepada Pencipta pun sudah saya langsaikan. Senaskah al-Quran berkulit keras warna kemilau emas dan bercetak perak mengembalikan ingatan saya kepada tugas untuk memahamkan kawan seperjuangan apa sebenarnya hakikat kekayaan yang agama sarankan.
Maha Suci Allah menyerlahkan kebenaran nyata. Tatkala membaca Surah Yusuf, terkesima saya seketika. Tentera-tentera sebak, sayu dan hiba mula menguasai kota jiwa. Genangan di tubir mata gagal diseka, mula berkompromi dengan rasa.
Wahai Nabi Allah Yusuf a.s, betapa bersyukur dan berterima kasih daku atas kebijaksanaan dan kasih sayangmu sejak berabad lama dahulu. Segala peringatan dan pesananmu akan daku hebahkan.
Bersaksilah bahawa akan aku gegerkan betapa AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang giat menyimpan sebanyak-banyaknya stok makanan.
Duit kertas dan duit elektronik dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar- legar di luar AS. Menanti saat kejatuhan.
Begitu saya berkasam pada diri sendiri selepas menghayati intipati Surah Yusuf dan merujuk banyak rencana mengenai krisis dolar Amerika. Saya menterjemah kenyataan Warren Buffet, pelabur terulung dan manusia kedua terkaya di dunia.
"Kenaikan harga emas ini disebabkan ia tidak memiliki nilai nyata kecuali harga pasaran."
Dan kenyataan Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, dipetik sebagai berkata, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.
Semoga ada yang berasa seperti terkena getah nangka dengan kesengajaan saya mengekalkan bahasa ibunda Volker sebagai penempelak kepada ahli lembaga pengarah yang gemar meminjam lidah penjajah ketika bersidang di meja bulat syarikat yang sepenuhnya berstatus bumiputera.
Berpuas hati dengan segala dalil hujahan, sepenuh keyakinan saya khatamkan akhir perenggan kesimpulan dengan sepotong hadis daripada Abu Bakar Ibn Abi Maryam yang meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham." (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal). Sebuah tanda tangan saya turunkan pada halaman akhir kertas pembentangan jelas boleh dibaca. Kirana.
Melalui sistem khidmat pesanan ringkas, saya kirimkan sebuah gubahan aksara kepada Mukallaf dengan iringan doa agar Allah sudi membaiki kompas imannya yang terbabas.
Setia mengajar saya, jika mahu jadi pencinta budiman sandarkan pada kenangan dan bijaksana mengajar saya, jika mahu jadi hartawan dermawan sandarkan pada emas 999.9!

sumber : Utusanonline