Sungguhpun begitu, penyediaan blog ini juga adalah untuk berkongsi dengan saudara dan saudari berkenaan kepentingan melabur emas di zaman ini. Banyak blog dan web berkaitan emas telah diwujudkan. Ini kerana ramai yang telah sedar pentingnya menyimpan emas terutama dalam mempelbagaikan pelaburan masing-masing.
Mereka sedar bahawa nilai emas semakin hari semakin meningkat. Purata kenaikan dalam setahun sejak kebelakangan ini adalah sekitar 20%. Oleh itu dengan tersedianya blog sebegini, maka dapatlah membantu tuan puan mempelbagaikan pelaburan sebagai cagaran di masa hadapan.