INFO EMAS

Soalan:
Mengapalah melabur emas,.. macam tak untung je,.. sebab bila jual, lepas tu beli balik,.. harga dah semakin tinggi,...

Jawapannya,..
sebenarnya konsep ini masih lagi belum difahamkan dengan jelas,.. emas bila dibeli dan paling simple,.. simpan,.. lama-lama nilainya semakin meningkat.. walaupun berat dan saiznya tak meningkat...apabila dijual,.. harganya dah tentu tinggi,.. itu memang betul. ok,.. penjelasannya:

a) Bila beli dan jual...di sini kita akan dapat untung antara20-30% dalam setahun
bandingkan jika wang kita, kita simpan dlm bank,.. kita hanya dapat 2-3% sahaja. Manakala jika melabur dalam ASB,.. purata keuntungan kita dapat 8%... Melabur dalam unit Trust purata 10-20% dlm masa 3-5 tahun,.. Disini dari segi peratus 20%-8%=12% perbezaan... jika buat loanpn boleh untung lagi..

b) Apabila beli emas,.. buat apa nak jual,..
Jika kita membeli emas untuk isteri atau anak-anak kita, adakah kita menjualnya? kalau jual,.. rugilah.. xnak bagi rugi,.. kita pergilah pajak,.. dapatlah duit. Nak beli apa-apapn boleh, tapi bagi saya,.. baik beli emas lagi,... lagi banyak untung,.. nak tahu caranya,.. rujuk post berikutnya.


Rumusan,.
.Sebenarnya, emas ini adalah pelaburan masa hadapan,.. malah ia lebih daripada itu,.. emas mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya:-
1. Emas merupakan simbol kekayaan yang sebenarnya kerana ia merupakan aset kita di masa hadapan.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Dalam masa setahun sahajapun kita sudah dapat melihatnya. Bayangkan jika kita menyimpannya selama 10 tahun nanti,.. berapa ek?
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Ini kerana nilainya tidak kukuh. semakin banyak wang dicetak,.. maka semakin jatuhlah nilai wang tersebut. Nilai wang semakin hari semakin jatuh.
4. Aset yang terunggul. Emas boleh digunakan di seluruh dunia.bawalah ke negara mana sekalipun. Ia tetap berharga. Ini menunjukkan emas mempunyai kecairan yang tinggi.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Ia tidak boleh dicetak berulang kali seperti mana wang kertas.