Memaparkan catatan dengan label Ar Rahnu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ar Rahnu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

RHB Islamic Tambah Cawangan Ar-Rahnu


RHB Islamic tawar khidmat Ar-Rahnu di tujuh cawangan


KUALA TERENGGANU 10 Okt. - RHB Islamic Bank Bhd. merancang menambah perkhidmatan Ar-Rahnu di tujuh cawangan bank itu sebagai permulaan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rani Lebai Jaafar berkata, sasaran itu akan direalisasikan secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini sejajar dengan sinergi perniagaan di peringkat kumpulan.
Abdul Rani berkata, tujuh cawangan terbabit ialah Bandar Baru Bangi, Taman Setia Tropika, Johor Bahru; Taman Flora Utama, Batu Pahat; Dataran Glomac, Kelana Jaya; Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur; Sungai Petani, Kedah dan Shah Alam.
"Kami bercadang memperluaskan produk ini setelah melihat permintaan terhadapnya makin bertambah dari semasa ke semasa dan berpotensi untuk dimajukan," katanya yang juga Pengarah Urusan institusi perbankan itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran cawangan produk pinjaman pajak gadai Islam (Ar-Rahnu-i) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kumpulan Perbankan RHB Wilayah Pantai Timur, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit, RHB Islamic Bank, Zulkhairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic cawangan Kuala Terengganu, Wan Maznah Wan Yusof.
Kuala Terengganu merupakan cawangan kedua menyediakan produk itu selepas Kubang Kerian, Kota Bharu pada April lalu.
Mengulas mengenai prestasi yang dicatatkan oleh RHB Islamic Bank cawangan Kubang Kerian selaku tapak permulaan produk Ar-Rahnu, Abd. Rani berkata, sebanyak RM1.30 juta pembiayaan telah dikeluarkan manakala jumlah gadaian emas pula sebanyak RM1.84 juta.
"Secara purata, jumlah pembiayaan dan gadaian emas adalah antara RM258,000 hingga RM369,000 bagi setiap bulan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini menjadi faktor penting pembukaan cawangan itu di Kuala Terengganu bagi memudahkan pelanggannya itu mendapat pembiayaan alternatif dan modal pusingan.
"Saya yakin pembiayaan ini akan mendapat tempat di hati warga Terengganu kerana, kajian mendapati, masyarakat Islam terutamanya, kini lebih cenderung menggunakan pembiayaan itu kerana ia tidak berasaskan riba," ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan Ar-Rahnu melalui penggabungan produk itu dengan produk wasiat yang inovatif.
"Para pelanggan kami boleh menikmati jumlah pembiayaan sehingga 75 peratus daripada jumlah gadaian emas sekiranya mereka memohon produk wasiat pada masa yang sama berbanding jumlah pembiayaan sehingga 70 peratus sahaja tanpa produk wasiat," katanya.

sumber:  utusanonline

Khamis, 4 Ogos 2011

Pajak Gadai Islam Untuk Umat Islam

Jangan malu guna pajak gadai Islam - Kamaruzaman


Che Razali Ibrahim (kiri) menyerahkan surat permohonan menjadi francais Ar Rahnu X'Change kepada Kamaruzaman Che Mat di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 31 Julai - Masyarakat terutamanya golongan berpendapatan kecil dan sederhana diminta tidak malu menggunakan perkhidmatan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu daripada bergantung kepada pinjaman peribadi untuk mendapatkan wang tunai segera.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, amalan 'pajak gadai' bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ia membabitkan suatu penawaran harta yang dimiliki sendiri oleh peminjam.
"Jangan malu kerana barang kemas yang kita gadaikan itu adalah harta menjadi milik kita. Keadaan itu sebenarnya lebih baik berbanding kalau kita pergi ke bank atau syarikat kewangan meminta pinjaman dengan salinan slip gaji sebagai bukti gaji yang mungkin kita dapat di masa hadapan.

"Daripada kita terus menyimpannya di rumah dengan risiko dicuri yang tinggi, lebih baik kita gadaikan untuk membantu kita di saat kita terdesak mendapatkan wang.
"Peniaga kecil wanita terutamanya boleh menggadai bahan kemas mereka untuk pusingan modal dan dalam tempoh tertentu boleh menebus semula apabila perniagaan berjalan baik," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong Ke-30 di sini, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Ibrahim Mat; Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Puteri Saadong, Che Razali Ibrahim dan Pengurus Besar PPK Puteri Saadong, Ahmad Zamani Muhamad.
Kamaruzaman berkata, masyarakat terutama beragama Islam sewajarnya memilih sistem Ar-Rahnu yang terbukti tidak menindas peminjam berbanding sistem konvensional.
"Walaupun prosesnya mungkin sedikit lambat berbanding pajak gadai biasa kerana memerlukan proses pengesahan ketulenan emas yang teliti, tetapi keadilan kepada peminjam adalah terjamin," katanya.
Beliau berkata, selain perkhidmatan melalui kaunter di 128 cawangannya, Bank Rakyat menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) turut mempunyai rangkaian 26 francais pajak gadai Islam Ar Rahnu X'Change yang menawarkan perkhidmatan itu di seluruh negara.

sumber: Utusanonline

Rabu, 18 Mei 2011

Semua Goldbar dan Dinar Tidak Diterima Di Agrobank

Photobucket 

Salam semua…kali ini daku memilih entri pasal yang Agro Bank tidak lagi menerima Gold Bar dan dinar..menurut berita yang daku dengar…berkuatkuasa dari semalam, 16 mei 2011..rangkaian Agro bank tidak lagi menerima gold bar dan juga dinar(wafer) untuk gadaian….apakah rasionalnya Agro Bank mengambil langkah berikut ? adakah dengan adanya skim penipuan dalam pembelian emas ? tak pun emas yang digadaikan itu adalah palsu ?
berikut merupakan pengumuman dari page Agrobank di facebook.


Photobucket

namun pada pengumuman itu dinyatakan arahan untuk tidak menerima gold bar dan dinar sedang dikaji semula…dan bagi sesiapa yang memiliki gold bar ataupon dinar…jangan ambil tindakan melulu menjual goldbar dan dinar anda dibawah nilai pasaran…ini akan merugikan anda…dan bagi siapa yang melalukan teknik rempit emas…keadaan sekarang amat sukar..dan perlu mencari alternatif lain untuk membuat pusingan modal rempitan emas itu…

tapi bagi pendapat daku….tindakan Agrobank yang tidak menerima lagi Gold Bar dan Dinar adalah sesuatu yang merugikan pengguna sistem Ar-Rahnu yang menggunakan sistem itu untuk pusingan modal perniagaan…harap-harap…pihak Agrobank dapat mengkaji dan menerima semula Pajakan Gold Bar dan Dinar untuk membantu para usahawan yang menggunakan Ar-Rahnu untuk membantu perniagaan usahawan-usahawan kecil untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan..
dan kepada yang menjalankan kaedah rempit emas…ini adalah satu pengajaran buat anda…sikap tamak kadang-kadang memakan diri…belilah emas ikut kemampuan…jangan sampai bergolok bergadai untuk membeli emas…kata bidalan yang amat popular ini harus dijadikan panduan….” yang dikejar tak dapat… yang di gendong berciciran “
dalam bahasa mudahnya…untung tak dapat…dapat pulak bala menanggung hutang…

P/s: harap-harap Agrobank dapat menarik semula arahan untuk tidak menerima gold bar dan dinar.
sumber : http://www.zaiedan.com/?p=604

Jumaat, 29 April 2011

Satu Lagi Tempat Pajak Gadai Islam

RHB Islamic sasar RM20 juta

KOTA BHARU 28 April - RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas.
Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.
"Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.
"Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

"Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun," katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.
Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.
Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.

 Sumber: Utusanonline

Sabtu, 12 Februari 2011

Emas, beli secara ansuran? boleh ke?

Assalamuaikum dan selamat sejahtera,..

             Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi tentang kaedah pembelian emas yang biasa dilakukan oleh pembeli-pembeli. Jika dilihat, sejak akhir-akhir ini, ramai yang telah sedar tentang kepentingan menyimpan emas sebagai sumber pelaburan di masa hadapan. Walaupun tiada wang tunai dalam jumlah yang besar di tangan tapi mereka mampu memiliki emas tersebut melalui pelbagai cara atau kaedah. Ini kerana timbulnya kesedaran untuk menukarkan wang simpanan kepada bentuk emas sebagai benteng inflasi. Apabila wang ditukarkan kepada emas, maka kuranglah pengaruh luar untuk berboros atau membeli benda-benda yang bukan dalam senarai keperluan seperti menukarkan handset model terbaru, menukar kereta dan sebagainya. Selain itu, wang kertas yang berada dalam simpanan juga mudah untuk berbelanja. Mana tidaknya, bila-bila masa saja wang itu boleh dikeluarkan menggunakan mesin ATM apabila perasaan kehendak melepasi perasaan keperluan. 


             Dengan menukarkan wang kepada emas samaada dalam bentuk bar atau barang kemas, secara tidak langsung ia telah dijadikan simpanan dalam bentuk pelaburan. Ingatkah kita dahulu, kira-kira 4 tahun yang lepas harga emas 916 cuma sekitar RM74/gram, tetapi hari ini harganya telah meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda iaitu sekitar RM155/gram. Ini pada masa sekaranglah, tetapi dapatkah kita bayangkan 5 ke 10 tahun akan datang? masa itu usia kitapun dah meningkat. Silap-silap harga emas itu melebihi daripada pendapatan bulanan kita, terutama apabila kita hendak membeli sebentuk cincin atau seutas rantai buat isteri atau anak kesayangan kita.

           Oleh yang demikian, untuk membantu kita memiliki emas samada dalam bentuk bar atau barang kemas atupun dinar, beberapa kaedah yang dapat saya kongsikan pada posting kali ini. Antara kaedahnya ialah:-





a) Penggunaan Kad Kredit.
         Kad kredit juga boleh digunakan untuk membeli atau memiliki emas. Biasanya penggunaan kad kredit ini digunakan apabila harga emas itu jatuh ataupun ketika promosi besar-besaran oleh sesebuah kedai emas. Kononnya jualan penghabisan stok lama. Jika kita menggunakan kad kredit, maka ada caj tertentu dikenakan kepada pengguna kad kredit tersebut. Sebelum menggunakannya, eloklah bertanya dahulu caj yang dikenakan itu.

b) Menggunakan Loan/Pinjaman
           Membuat pinjaman semata-mata membeli emas, merupakan teknik yang baik jika dibandingkan membuat pinjaman hanya untuk membeli barangan susut nilai. Kebanyakkan pelabur membuat pinjaman untuk membeli emas adalah bergantung kepada kemampuan simpanannya setiap bulan. Contoh, simpanan setiap bulannya adalah sebanyak RM500.00. Maka jumlah tersebut digunakan untuk membuat pinjaman bagi bayaran ansuran bulanan tidak melebihi RM500.00. Katakan pinjaman yang diperoleh RM45,000. Dengan wang sebanyak itu, mereka laburkan dalam bentuk emas samada dalam bentuk akaun mahupun bentuk fizikal. Pelaburan terbaik adalah dalam bentuk fizikal (rujuk posting terdahulu).



c) Kutu Emas
           Kaedah kuno atau  teknik tradisional ini juga menjadi pilihan utama ramai pelabur-pelabur emas di luar sana. Kaedah jenis inipun mempunyai pelbagai cara, semuanya bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat. Antaranya bersandarkan kepada harga emas ataupun kepada unit emas ataupan dalam bentuk wang. Bagi kaedah kutu harga emas, setiap ahli mesti membeli emas setiap bulan mengikut turun naik harga emas. Setelah membelinya maka diserahkan kepada pemilik yang telah diundi. Manakala bagi unit emas, setiap ahli perlu menyerahkan beberapa unit emas mengikut jenis kepada ahli yang diundi berdasarkan bulan undian. Bagi kutu dalam bentuk wang, mereka memperoleh wang dahulu lalu menukarkannya kepada emas. Wang diperoleh itu bergantung kepada berat emas dan harga semasa emas tersebut.

d)Buat Baik
           Kaedah ini jarang kita lihat atau jumpa. Tetapi ada dari kalangan pelabur yang menggunakan kaedah ini. Caranya agak mudah, iaitu sifat kepercayaan daripada pemilik kedai emas. Mereka memberikan kemudahan ansuran kepada pembeli emas di kedai mereka. Ini mungkin mereka telah lama mengenalinya ataupun pelanggan tersebut adalah pelanggan tetap. Bagi kakitangan kerajaan juga mereka ada meyediakan kemudahan bayaran ansuran. Mungkin melalui potongan gaji angkasa kot!

e)Teknik Ar-rahnu.
           Kaedah inilah yang paling gemar pembeli atau pelabur emas gunakan. Kaedahnya agak simple, iaitu pembeli yang berminat hanya perlu menyediakan sejumlah kecil wang sahaja. Iaitu kira-kira 35% daripada harga emas tersebut. Peniaga emas menyerahkan emas tersebut untuk kepada pembeli untuk dipajak. Wang hasil daripada pajakkan di ar-rahnu itu diserahkan kepada peniaga itu bagi mencukupkan nilai emas tersebut iaitu 65%. Biasanya dengan menggunakan teknik ini, pembeli emas akan mendapat lebihan duit hasil daripada pajakkan tersebut. Melalui teknik ini, pembeli dapat menebus emasnya pada bila-bila masa ataupun membayar kepada ar-rahnu secara ansuran. Akhirnya setelah selesai ansuran, maka emas tersebut menjadi milik pembeli itu.

Kesimpulan
Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memiliki emas jika sekiranya kita tidak mempunyai wang sejumlah yang besar terutama untuk membuat pelaburan dalam emas. Teknik sebegini digunakan adalah kerana mereka tahu harga emas sentiasa meningkat. Jika mereka tunggu wang simpanan mereka cukup untuk membeli emas, maka akan timbul persoalan di minda mereka iaitu berapakah harga emas pada masa itu?. Walaupun demikian, terdapat ramai juga pelabur yang mempunyai kuasa wang yang besar tetapi masih lagi menggunakan kaedah ini. Ini adalah rahsia mereka, semuanya bergantung kepada strategi dan matlamat seseorang itu. Sekian.

Pelaburan yang bijak adalah pelaburan emas
Pertanyaan atau ingin membeli emas menggunakan teknik (b) dan (e)
hubungi 012-9562006 (wadi)

Jumaat, 11 Februari 2011

Meminimumkan Upah Simpan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,..

          Lama rasanya saya tidak menulis di dalam blog ini. Ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Setelah seminggu perayaan Tahun Baru Cina, kini harga emas semakin meningkat. Walaupun pergerakannya masih lagi perlahan, tetapi ia menunjukkan pergerakan menaik. Sesiapa yang sempat memiliki emas pada harga sebelum atau pada perayaan tahun baru cina ini, iaitu sekitar RM3000(public gold 20g), maka beruntunglah kerana kenaikannya pada hari ini sekitar RM3080..

          Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tip untuk mengurangkan kos/upah simpan di ar-rahnu. Terdapat beberapa cara untuk meminimumkan kos penyimpanan, sebelum menanti kenaikan harga yang mendatangkan keuntungan. Ramai yang memajak emas mereka di ar-rahnu tetapi, hanya menunggu sehingga harga emas itu naik. Setelah harga itu naik, maka mereka menebusnya dengan membayar upah simpan dan mengembalikan semula wang pinjaman itu bagi mendapatkan semula emas yang telah dicagarkan. Ini bergantung sepenuhnya kepada kenaikan harga emas, jika kenaikan yang maksimum itu berlaku dalam masa 6 bulan, maka upah simpan adalah sebanyak nilai 6 bulan.
          Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kos simpan di ar-rahnu. Antara caranya ialah:-

a) Pembayaran ansuran
         Kos dapat dikurangkan jika kita dapat menyelesaikan pinjaman itu dalam masa yang singkat. Antaranya dengan membuat pembayaran ansuran setiap bulan. Bergantung kepada target kita, berapa lama kita ingin melangsaikan pinjaman itu. Adakah dalam masa 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan atau beberapa bulan yang kita tetapkan tanpa melihat kepada kenaikan harga emas. Cara ini dapat mengelakkan kerumitan kita untuk membayar diwaktu akhir pajakan.

b) Pinjaman wang 
         Melalui pinjaman daripada kenalan terdekat atau saudara-mara. Buat pajakan emas pada bulan pertama. Selepas itu pada bulan kedua atau bulan seterusnya, kita pinjam wang daripada saudara-mara. Dapat wang tersebut, tebuslah emas itu. Jika emas itu menghasilkan keuntungan, kita jual atau pajak kembali emas itu untuk membayar balik wang pinjaman itu. Jikalau harga emas tidak naik dan tidak mendatangkan keuntungan, pajak kembali emas tersebut untuk membayar wang pinjaman kita itu.

c) Surat pajak
         Surat pajak juga berguna kepada kita, walaupun belum mendatangkan untung yang maksimum. Bagi mengurangkan upah simpan, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang atau untuk kita jual emas itu. Jika hendak jual, kita dapatlah sedikit keuntungan, tetapi kita kehilangan emas. Tetapi yang paling baik, guna surat pajak itu untuk kita pinjam wang dan tebus kembali emas tersebut. Setelah dapat emas itu, kita pajakkan kembali untuk mengembalikan wang yang dipinjam itu. Di sini upah simpan dapatlah dikurangkan.

d) Tebus satu demi satu
Kaedah tebus satu demi satu juga dapat mengurangkan kos/ upah simpan. Apabila semakin kurang emas yang dipajak di ar-rahnu maka upah simpanpun turut berkurang. Sebagai contoh, kita pajakkan 6 utas rantai emas pada mulanya. Setelah sebulan, kita tebus satu atau dua utas rantai emas dahulu. Kemudian di bulan yang lain, kita tebus pula baki rantai yang kita pajak di ar-rahnu. Proses ini diulang-ulang sehingga habis emas yang kita pajak itu. Cara ini dapatlah mengurangkan kos penyimpanan emas di ar-rahnu.

e) Pajak beli pajak.
         Kaedah ini adalah yang terbaik. untuk mengurangkan kos pajakan, kita gunakan 2 pajakan yang berbeza. Nak guna lebihpun boleh. Caranya, kita bahagikan kepada 2 bahagian emas. Contoh, kita mempunyai 6 goldbar seberat 20g. Kita pecahkan kepada:-

i) Pecahan (3/3)
        Untuk pecahan 3/3. Kita pajakkan 3 ketul emas pertama dahulu. Cukup 15 hari, kita pajak 3 ketul lagi untuk tujuan menebusnya. Dapatlah 3 ketul yang kita pajak dahulu. Setelah 15hari lagi, kita tukarkan pula dengan  pajakan 3 ketul untuk menebus 3ketul emas itu. Perkara ini diulang-ulang sehinggalah harga emas itu meningkat. Setelah meningkat. kita boleh jual atau pajak semula untuk dapatkan lebihan duit sebagai keuntungan.

ii) Pecahan 1/5
       Kaedah ini, boleh digunakan dan ianya mendatangkan keuntungan yang maksimum. Caranya ialah dengan memajak 5ketul emas terlebih dahulu. Setelah dapat duit pajakan, beli emas dengan duit pajakan itu (dapatlah 4 ketul jika tambah duit sikit). Sekarang emas ditangan kita sebanyak 5ketul. Emas 5 ketul itu, kita pajakan semuanya. Dapatlah wang hasil pajakkan itu. Setelah 15 hari, kita tebus kembali emas 5ketul yang pertama dengan duit tersebut.Cara pajakkan ini diulag-ulang setiap 15hari sehingga emas itu naik harganya. Setelah naik harga, jual 4/5 ketul emas yang ada di tangan untuk menebus emas di ar-rahnu. Di sini kita mempunyai emas di tangan sebanyak 5/6 ketul.

         Semua cara yang dinyatakan di atas memerlukan pemahaman yang sebaiknya dan panduan yang jelas daripada penulis. setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan buat saudara-saudari sekalian.

Kesimpulan.
       Untuk meminimumkan upah simpan di ar-rahnu sebelum menantikan kenaikan harga emas. kita perlu mencari cara yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan kita. Semua kaedah yang dinyatakan itu dapat dipraktikkan jika kita mempunyai disiplin dan ilmu berkaitan pengurusan kewangan.

Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik
untuk pertayaan hubungi
012-9562006 -wadi

Jumaat, 17 Disember 2010

Teknik Menjana Untung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua,
Hari ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan kaedah yang biasa digunakan untuk menjana keuntungan melalui pelaburan emas. Teknik yang digunakan ini mestilah mempunyai ilmu yang cukup dan kefahaman yang mendalam dalam memanipulasi keuntungan. Terdapat beberapa teknik, antaranya:-

a) Teknik menyimpan emas.
Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi. Kebanyakkan orang tua-tua zaman dahulu sering membeli barang kemas dan menyimpannya dengan begitu lama.Sehingga sekarang, emas itu masih lagi disimpan. Jikalah dijual, berapa kah harganya? Mesti dah mencecah berkali-kali ganda. Ini teknik yang gemar dilakukan. Jika barang kemas itu dijual, nilainya akan ditolak oleh kedai emas kerana used gold (15-20%). Lebih baik saudara/saudari simpan. Untuk meningkatkan keuntungan dengan cara ini, tanpa ada penolakkan used gold, simpanlah emas jenis goldbar atau emas jongkong. Jika disimpan, pulangannya dalam setahun meningkat sehingga 25% setahun.


a) Teknik pajak dan simpan.
Teknik ini juga menjana keuntungan kepada pelabur emas. Teknik yang digunakan ialah dengan cara memajak emas yang dimilikinya. Duit yang diperoleh daripada pajakkan itu dilaburkan ke dalam akaun simpanan emas di bank. Disini akan ada dua kenaikan. Apabila harga emas meningkat, maka jual emas di dalam akaun simpanan dan pergi menebus emas itu di ar-rahnu. Akan dapat sedikit keuntungan. Sementara itu, emas masih lagi di tangan. Tapi saya tidak galakkan anda menjual emas tersebut, ini kerana harga emas itu  semakin meningkat.


c) Teknik pajak dan beli.
Teknik ini juga digunakan oleh pelabur-pelabur emas. Emas yang dimiliki di tangan dipajakkan terlebih dahulu. Setelah dipajak, duit dari ar-rahnu itu digunakan untuk membeli emas lagi. Kita boleh menggunakan teknik ini berperingkat-peringkat iaitu pajak, beli, pajak, beli. Bergantung kepada kuatiti emas yang dimiliki di tangan. Tapi harus diingat, emas terakhir perlulah ada di tangan. Setelah harga naik, emas yang terdapat ditangan dijual. Duit tersebut digunakan untuk menebus emas yang dipajak itu. Guna cara yang sama sehingga selesai hutang. Maka diakhirnya kita akan memperolehi emas dan juga keuntungan hasil daripada jualan emas itu.  Untuk menjual emas itu, saya sedia menerimanya.

d) Berniaga emas.
Teknik ini menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ketiga-tiga kaedah diatas. Caranya ialah dengan menjadi dealer atau agen publig gold. Apabila menjadi dealer, seseorang itu memperolehi komisen daripada syarikat dan juga dapat berjual-beli mengikut  harga pasaran. Kita juga boleh menggunakan kaedah di atas bagi memaksimumkan lagi keuntungan.

*pesanan, teknik 2 dan 3- untuk memajak, perlu pada harga yang rendah dan mesti mengikut langkah demi langkah.Jika tersilap langkah. Emas di ar-rahnu boleh tergadai.


Untuk maklumat lanjut dan berkongsi ilmu,
Hubungi 012-9562006
'Pelaburan Pintar adalah Pelaburan Emas'