Selasa, 15 Mac 2011

Lebihnya Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

           Pada bulan lepas dan bulan ini, kelihatan harga emas tidak stabil. Selepas cuti tahun baru cina, harganya semakin meningkat, manakala masuk minggu kedua selepas perayaan, harga kembali menurun. Minggu lepas pula harga mulai meningkat sehinggalah pada 13/3/2011. Pada 14hb kelihatan menurun dan pada hari ini pula harga terus menurun. Adakah ini disebabkan oleh situasi yang berlaku di asia barat iaitu rusuhan di Libya, yaman dan beberapa buah negara lagi. Ditambah pula dengan kejadian tsunami di jepun. Adakah ini puncanya pelabur menjual atau mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan urusan belian. Ataupun ini hanyalah satu titik terendah yang dilakukan untuk melonjakkan harga ke paras tertinggi pada tahun ini. Ramai yang berpendapat, pada tahun ini kenaikan harga emas melepasi 1500 usd. iaitu kenaikan melebihi 25%. Apa yang pasti, harga emas tetap akan naik tidak kira lah berapa lama masa yang diambil. Ini kerana, semakin hari permintaan terhadap emas dunia semakin meningkat dan emas yang diperoleh pula makin berkurang. Maka tidak hairanlah jika satu hari nanti, harga emas akan berada pada tahap tertinggi dan kemampuan untuk memilikinya adalah terbatas. 


              Semakin hari semakin ramai yang telah sedar tentang kepentingan dan kelebihan yang ada pada emas ini. Tidak hairan, sejak akhir-akhir ini ramai yang lebih gemar menyimpan emas berbanding wang fiat. Ini adalah disebabkan, mereka menanggap emas ini adalah sebagai:-

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
b) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
c) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
d) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
e) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
f) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
g) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
h) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
i) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
j) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
k) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
l) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
m) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
n) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
o) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
p) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
q) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
r) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
s) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
t) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
u) Dan sebagainya. Sekian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan