Inflasi terus dibimbangi
KUALA LUMPUR 21 Julai - Tekanan inflasi terus membimbang pada suku ketiga tahun ini sebelum diramal berkurangan menjelang suku berikutnya.
MIDF Research dalam nota penyelidikannya di sini berkata, kenaikan itu disumbangkan oleh harga makanan dan minuman bukan alkohol, pakaian dan kasut memandangkan musim-musim perayaan.
Barangan bukan makanan terus menyebabkan tekanan inflasi naik 3.0 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun pada bulan Jun berbanding 2.8 peratus tahun ke tahun pada bulan sebelumnya.
Malah, katanya, kenaikan tarif elektrik juga masih memberi impak kepada inflasi.
''Bagaimanapun, tekanan kenaikan inflasi boleh dikekang berikutan pengukuhan ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat daripada inflasi yang diimport, selain kenaikan asas perbandingan yang tinggi,'' kata firma penyelidikan itu.
Beliau berkata, selain kesan asas yang tinggi, pengukuhan mata wang tempatan kemungkinan menstabilkan harga komoditi dan makanan dunia.
sumber: utusanonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan